Ikuti Kami:

Pertama Di Dunia, Peminat Tayang Skrin 3D Sempena Hari Jadi Jimin BTS

Pertama Di Dunia, Peminat Tayang Skrin 3D Sempena Hari Jadi Jimin BTS

Kelab peminat Jimin BTS dari China iaitu “PARKJIMINBAR” telah melancarkan satu lagi projek ‘pertama di dunia’ untuk meraikan ulang tahun ke-27 Jimin pada hari esok.

Untuk projek ulang tahun ini, Jimin akan menjadi orang pertama di dunia yang mempunyai kesan 3D dari iklan hari jadinya yang akan dipaparkan di skrin besar.

Iklan ini akan berada di dua lokasi, satu di layar besar L di Amerika Syarikat dan satu lagi di layar besar versi silang di Shinjuku, Jepun. Jimin adalah idola pertama yang berada di kedua skrin secara serentak.

Teknologi 3D adalah sesuatu yang memukau dan semestinya akan mendapat perhatian kebanyakan orang kerana nilai estetiknya. Projek ini juga akan menjadi sesuatu yain lain daripada yang lain.

Ukuran layar besar L di US adalah 1500 meter persegi, yang merupakan layar terbesar yang pasti akan menarik perhatian dan memaksimumkan pendedahan untuk Jimin. Selain itu, layar ini terletak di Seventh Avenue di Times Square, yang merupakan kawasan paling terkenal di US.

Malah, laporan menunjukkan bahawa purata lalu lintas harian di wilayah ini adalah sekitar 460,000 orang, yang jumlahnya cukup tinggi. Oleh itu, kawasan ini adalah lokasi yang strategis untuk paparan maksimum. Tambahan pula, projek ini akan berlangsung dalam masa seminggu.

Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi projek yang menarik dan luar biasa yang disediakan oleh “ARMY” iaitu kelab peminat BTS, buat Jimin sempena ulang tahunnya.

ARMY jarang lah tak hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...