Ikuti Kami:

“Personanya.. ” Atlet Cha Junhwan Dedah Sebab Suka Song Jihyo Sejak Kecil

“Personanya.. ” Atlet Cha Junhwan Dedah Sebab Suka Song Jihyo Sejak Kecil

Akhirnya, setelah lama menanti, atlet Cha Jun-hwan berjaya berjumpa dengan wanita idamannya menerusi episod terbaru “Running Man”.

Lelaki itu yang baru-baru ini menduduki tempat kelima dalam acara single lelaki bagi acara luncur angka di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, telah menjadi antara nama penting yang menjadi bualan penduduk Korea sejak kebelakangan ini atas rekod terbaik yang pernah dicapai atlet Korea itu.

Pada awal episod, Yoo Jae-suk berkongsi mengenai kisah Cha Jun-hwan yang menamakan Song Ji-hyo sebagai wanita idealnya. Malah mereka turut menyelit klip pendek apabila atlet itu bertemu pelakon tersebut di ‘2018 SBS Entertainment Awards’.

Kim Jong-kook kemudian bertanya sebab dia menyukai Song Ji-hyo, jawab Cha Jun-hwan,

Saya banyak menonton ‘Running Man’ dan Song Ji-hyo mempunyai persona yang tidak dijangka.

cha junhwan song jihyo

Seloroh Kim Jong-kook,

Awak kena dipukul atau ditarik rambut oleh Song Ji-hyo dahulu.

Selit Haha pula,

Itu ialah persona tak dijangka dia.

Cha Jun-hwan turut berkongsi bahawa dia sangat teruja apabila mendapat tawaran untuk muncula di dalam “Running Man” kerana merupakan peminat besar sejak kecil lagi. Apabila ditanya siapakah ahli kegemarannya, lelaki itu tidak teragak-agak untuk menyebut nama Song Ji-hyo.

cha junhwan song jihyo

Gurau ahli lain,

Matanya hanya ada pada Song Ji-hyo.

Geram tengok Cha Jun-hwan malu-malu apabila jumpa Song Ji-hyo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...