Ikuti Kami:

“Personaliti Sama Penting Dengan Wajah” – Go Ara Luah Perasaan Melalui Mesej Bermakna

“Personaliti Sama Penting Dengan Wajah” – Go Ara Luah Perasaan Melalui Mesej Bermakna

Sudah lama kita tidak mendengar khabar terbaru daripada pelakon cantik, Go A-ra kan? Tetapi, baru-baru ini, Go A-ra memuat naik satu imej yang mencuri perhatian peminat. Imej apa?

Terbaru, Go A-ra memuat naik satu imej yang menyatakan petikan atau kata-kata bermakna dan meluahkan rasa serta fikirannya. Dia melampirkan imej petikan yang mengatakan,

Orang ramai pada mulanya baik dengan saya. Mereka berubah secara beransur-ansur sehingga saya tertanya-tanya sama ada mereka adalah orang yang saya kenali. Itulah sebabnya saya menganggap personaliti sama pentingnya dengan wajah apabila melihat peribadi seseorang.

go araImej yang dimuat naik itu mempunyai kapsyen seperti berikut,

 Alangkah baiknya jika kita dapat melihat perkara yang tidak kelihatan dahulu. Perkara yang tidak kelihatan itu mungkin adalah lebih penting. Apa yang kita boleh lihat bukanlah segala-galanya, jadi saya harap kita dapat menjalani lebih banyak pengalaman dan berkembang dengan lebih banyak lagi.

Sebagai tindak balas kepada imej berkenaan, peminat menunjukkan rasa empati mereka. Rata-rata dalam kalangan peminat setuju bahawa orang yang dikenali tidak akan sama dari awal hingga ke akhirnya. Mereka turut mengulas bahawa jangkaan mereka terhadap orang sekeliling beransur hilang apabila mereka makin meningkat dewasa.

Dalam pada itu, Go A-ra juga dikhabarkan akan kembali ke industri menerusi filem baharu arahan pengarah Park Hoon-jung iaitu “Sad Tropical”. “Sad Tropical” ialah sebuah filem aksi noir yang mengisahkan tentang seorang budak lelaki, yang berimpian seorang menjadi peninju profesional dan menjadi sasaran sekumpulan orang misteri serta dikejar oleh mereka. Go A-ra akan tampil dalam filem terbaru ini di samping pelakon Kim Seon-ho, Kim Kang-woo dan juga Kang Tae-joo.go araBarangkali, perkongsian Go A-ra hanya sekadar buah fikiran dan perasaan dirinya yang ingin dikongsikan agar dapat menyedarkan orang lain juga.

Korang setuju tak dengan pendapat Go A-ra?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...