Utama Rancangan Hiburan “Personaliti ‘Gila'” – Ada Salah Faham, Jeon Somin Perjelas Watak Dalam ‘Running...

“Personaliti ‘Gila'” – Ada Salah Faham, Jeon Somin Perjelas Watak Dalam ‘Running Man’

jeon somin ji sukjin

Hubungan antara ahli “Running Man” memang tak boleh dipersoalkan lagi. Mereka sentiasa ada untuk satu sama lain!

Terbukti baru-baru ini apabila Jeon So-min menyertai Ji Suk-jin sebagai tetamu dalam saluran YouTube lelaki itu iaitu ‘Ji Sukjin’s World’.

Antara topik yang dibincangkan mereka ialah mengenai personaliti pelakon wanita itu di dalam “Running Man”. Kata ahli tertua program berkenaan,

Awak ialah antara penghibur wanita yang top di Korea. Awak dilahirkan dengan bakat! Ketika dalam ‘Running Man’, awak mempunyai personaliti yang ‘gila’.

jeon somin haha

Jelas Jeon So-min,

Ada yang salah faham mengenainya. ‘Adakah awak berasa tak senang?’, ‘Manakah personaliti awak yang sebenar?’

Bukan itu sahaja, wanita tersebut mengakui bahawa dia sering merancang apa yang perlu dilakukan sebelum menghadiri penggambaran “Running Man”.

Patut tak saya buat sesuatu yang seronok bersama Ji Suk-jin? Ataupun Haha?

jeon somin haha

Mendengarkan luahan Jeon So-min, Ji Suk-jin nyata tidak dapat menyembunyikan rasa kagumnya melihat kegigihan ahli termuda program itu.

Jeon So-min ikhlas dengan penonton tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYouTube
Loading...