Ikuti Kami:

Persoalan Terjawab, Episod Akhir ‘Doctor Lawyer’ Raih Rating Memuaskan

Persoalan Terjawab, Episod Akhir ‘Doctor Lawyer’ Raih Rating Memuaskan

Pastinya ramai yang bersedih apabila drama lakonan So Ji-sub menamatkan tayangannya kan?

Sinopsis

“Doctor Lawyer” membawa kisah seorang pakar bedah genius yang menjadi peguam penyelewengan perubatan selepas kehilangan semuanya dek pembedahan yang dipalsukan serta seorang pendakwa raya Jabatan Jenayah Perubatan yang kehilangan keluarga dan orang tersayang dalam pembedahan itu. Bersama-sama, mereka menghukum sesiapa yang mempercayai bahawa nyawa seseorang dinilai menerusi harta dan kuasa, selain memujuk keluarga mangsa yang tidak bernasib baik.

mbc doctor lawyer

Semuanya kembali normal

[Amaran SPOILER]

Jayden Lee (Shin Sung-rok) yang membunuh Goo Jin-ki (Lee Sang-young) kerana menyangka bahawa lelaki itu yang merancang pembunuhannya satu ketika dahulu hampir mati apabila anak lelaki tersebut membalas dendam dengan menikamnya. Walau bagaimanapun, Jayden Lee berjaya diselamatkan oleh Han Yi-han (So Ji-sub) yang sempat menemuinya berlumuran darah.

Sedar mengenai kesalahannya, Jayden Lee menolak tawaran Han Yi-han untuk mengurangkan hukumannya dan memilih untuk menjalani hidup di penjara bagi menebus kesalahannya.

mbc doctor lawyer

Rating baik

Meskipun tidak dapat mengalahkan rekod terbaiknya sepanjang tayangan iaitu 7.2% namun “Doctor Lawyer” melabuhkan tirai dengan catatan 7.0% iaitu satu nombor yang baik buatnya.

Bagaimana dengan endingnya? Korang puas hati tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...