Ikuti Kami:

Peroleh Jutaan Ringgit Setahun, 5 Pelakon Wanita Korea Ini Raih Pendapatan Tertinggi

Peroleh Jutaan Ringgit Setahun, 5 Pelakon Wanita Korea Ini Raih Pendapatan Tertinggi

Dunia hiburan Korea akan sentiasa memberi penonton karya yang terbaik dan aksi yang cemerlang. Antara yang memberi sumbangan adalah watak dilakonkan oleh pelakon wanita.

Selain daripada kerjaya lakonan yang berjalan lancar dan mempunyai ramai peminat, 5 pelakon wanita ini merupakan antara yang memperoleh pendapatan jutaan ringgit dalam setahun.

Lee Youngae (RM243,126,000)

pelakon wanita kdrama terkaya

Lee Young-ae adalah salah satu nama terbesar di dalam dunia lakonan Korea. Pelakon ini sebelumnya telah bekerja sebagai model dan juga pernah muncul dalam beberapa iklan televisyen, sebelum dia mendapat tempat dalam dunia K-Drama dan filem. Jika korang mencari lebih banyak persembahan Lee Young-ae dalam K-Drama, kami amat mengesyorkan menonton drama “Dae Janggeum”, dan “Sympathy for Lady Vengeance”.

Song Hyekyo (RM173,067,500)

pelakon wanita kdrama terkaya

Song Hye-kyo salah seorang pelakon wanita yang menerima bayaran tertinggi sepanjang kariernya. Aktres cantik jelita itu telah menerima beberapa anugerah termasuk kedudukan ke-7 dalam senarai Selebriti Korea Power majalah Forbes pada 2017, diikuti dengan kedudukan ke-6 dalam senarai yang sama pada 2018.

IU (RM145,002,500)

pelakon wanita kdrama terkaya

IU ialah seorang pelakon Korea Selatan yang juga seorang penyanyi serta penulis lagu. Bintang Korea ini antara pelakon Korea yang mendapat bayaran tertinggi sepanjang memulakan kerjayanya dengan LOEN Entertainment.

Selain berlakon dan menyanyi, IU juga pernah muncul dalam beberapa rancangan radio dan TV. Korang boleh tonton beberapa persembahannya yang menakjubkan dalam drama seperti, “You’re the Best” dan “My Mister”.

Bae Suzy (RM140,325,000)

pelakon wanita kdrama terkaya

Seterusnya pelakon kaya Korea Selatan yang memulakan kerjayanya sebagai sebahagian daripada kumpulan gadis K-Pop, Miss A di bawah JYP Entertainment. Bae Suzy memulakan kerjaya lakonan televisyennya bertajuk “Dream High” dan kerjaya lakonan filemnya dengan “Architecture 101”.

Kim Taehee (RM116,912,500)

pelakon wanita kdrama terkaya

Seorang lagi pelakon Korea cemerlang yang merupakan antara pelakon wanita terkaya ialah Kim Tae-hee. Walaupun pelakon cantik itu telah dilihat dalam beberapa drama Korea, dia membuat penampilan sulungnya dengan peranan kecil dalam “Last Present”.

Tidak lama kemudian, dia dilihat dalam filem pendek bertajuk “Living in New Town”. Hari ini dia adalah salah seorang pelakon Korea dengan bayaran tertinggi. Kami sangat mengesyorkan korang menonton “Stairway to Heaven” dan “Lies Hidden In My Garden” untuk menonton karya terbaiknya.

Bayaran kena dengan bakat yang ada.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...