Ikuti Kami:

Pernah Tular Dulu, ‘Kembar’ Yoona Dari Malaysia Kembali Jadi Perhatian

Pernah Tular Dulu, ‘Kembar’ Yoona Dari Malaysia Kembali Jadi Perhatian

Betul la orang cakap, dalam dunia ini ada 7 orang yang wajahnya seiras dengan kita.

Baru-baru ini, seorang peminat telah memuat naik satu video di Twitter, di mana Yoon-A meluahkan perasaannya untuk menonton persembahan Girls’ Generation,

Saya benar-benar ingin menonton konsert Girls’ Generation dari tempat duduk penonton. Kami selalu bercakap tentang ini.

Sebagai respon, seorang peminat telah membalas tweet tersebut, dengan berkongsi foto seorang wanita dari Malaysia yang pernah viral ketika dahulu, kerana wajahnya yang seiras dengan Yoon-A. Tulisnya secara berseloroh,

Dia pernah.

Untuk pengetahuan, Rabi’atul Afifah atau lebih dikenali dengan nama Twitternya ‘apple_effa’, pernah tular pada 2013 kerana wajahnya yang mirip dengan pelakon “King the Land” itu.

Malahan, dia juga sering mendapat gelaran sebagai ‘Yoona berhijab’ dan dipersetujui netizen Korea.

Haa siapa masih ingat?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...