Ikuti Kami:

Pernah Rapat, Yoo Jaesuk Akui Kekok Mahu Hubungi Song Joongki Lepas Perkahwinan Kedua

Pernah Rapat, Yoo Jaesuk Akui Kekok Mahu Hubungi Song Joongki Lepas Perkahwinan Kedua

Setalah sekian lama, Yoo Jae-suk menyebut nama Song Joong-ki.

Pada 28 Jun, saluran YouTube ‘뜬뜬’ memuat naik video bertajuk ‘Satu meja makan hanya alasan dalam siri ‘핑계고’ (Pinggyego).

Dalam episod itu, Yoo Jae-suk bercerita mengenai Lee Hyo-ri sebagai tetamu pertama program tersebut. Lee Hyo-ri kemudian menyebut Song Joong-ki dengan berkata,

Saya dan Joong-ki berkenalan sejak itu. Selepas itu pun dia muncul dalam rancangan radio suami saya. Dia memang mesra orangnya.

Lee Hyo-ri kemudian bertanya sekiranya Song Joong-ki pernah muncul di dalam program ini namun hos tersebut mengatakan tidak. Ulas wanita itu dengan nada kecewa berkata,

Joong-ki patut datang.

pinggyego

Mendengar itu, Yoo Jae-suk melihat ke arah kamera dan mengirim pesanan video ringkas kepada Song Joong-ki,

Joong-ki, dengar tu? Kak Hyo-ri sedang bercakap tentang kamu sekarang.

Yoo Jae-suk turut berkongsi secara jujur,

Dulu Joong-ki kadang-kadang hubungi saya juga, tapi sejak dia kahwin dan sebagainya, saya rasa sedikit segan nak hubungi dia lagi.

Padahal dorang rapat je dulu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...