Ikuti Kami:

Pernah Rancang Untuk Kahwin Umur 27 Tahun, Ini Komen Jeon Somi Kini

Pernah Rancang Untuk Kahwin Umur 27 Tahun, Ini Komen Jeon Somi Kini

Penyanyi Jeon So-mi buat peminat terhibur dengan pendapatnya soal perkahwinan.

Pada forum komuniti dalam talian, netizen bercakap tentang perubahan terbaru Jeon So-mi tentang rancangan perkahwinannya. Ketika berusia 20 tahun, dia dengan yakin mengatakan bahawa dia ingin berkahwin sekurang-kurangnya pada usia 27 tahun dan sudah mula mencari suami ideal. Dia  juga pernah berhasrat untuk berkahwin pada usia muda selepas menonton kehidupan perkahwinan pasangan selebriti lain dalam program pelbagai.

Kemudian, baru-baru ini So-mi telah dipilih sebagai hos tetap untuk program MBC “Real Love Story” yang menampilkan pasangan hidup sebenar. Semasa temu bualnya, dia tiba-tiba mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk ‘dating’, memandangkan dia baru berusia 20 tahun. Dia menangguhkan rancangan perkahwinannya yang ideal dan menyebut hasratnya untuk berkahwin pada awal tiga puluhan pula. Dia berkata,

Saya mahu menangguhkannya dan memutuskan untuk berkahwin di kemudian hari dan sekarang, saya fikir saya tidak mahu berkahwin langsung.

Ramai netizen terhibur dengan jawapan So-mi, dan ada yang meninggalkan komen seperti,

LOL Jeon So-mi, sila lakukan semua yang awak mahu dan, jangan buat apa-apa yang awak tidak mahu lakukan.

somi nak kahwin umur 27 tahun

Jangan risau So-mi, muda lagi tu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...