Ikuti Kami:

Pernah Pilih Sebagai Lelaki Idaman, Gong Yoo Beri Respons Pada Lisa BLACKPINK

Pernah Pilih Sebagai Lelaki Idaman, Gong Yoo Beri Respons Pada Lisa BLACKPINK

Siapa sahaja yang tak letak Gong Yoo sebagai lelaki pertama dalam senarai ‘lelaki idaman’ kan? Dengan wajah yang tampan, badan yang ‘tough’, bakat lakonan yang mantap dan personaliti yang baik, mestilah ramai yang suka kan?

Baru-baru ini, pelakon itu telah menjalani satu sesi temuramah bersama “Entertainment Weekly Live” bagi mempromosikan filem terbarunya iaitu “Seobok”.

Di kesempatan itu, pengacara program tersebut telah menanyakan satu soalan cepumas kepadanya,

Apabila selebriti wanita ditanya mengenai ‘lelaki idaman’ mereka, kebanyakan daripada mereka akan menyebut Gong Yoo.

Lelaki itu kemudiannya berseloroh,

Apabila tiada kamera, tolong beri saya senarai nama mereka.

lisa blackpink minat gong yoo

Pengacara itu seterusnya menanyakan mengenai Lisa daripada kumpulan BLACKPINK yang menamakannya sebagai ‘lelaki idaman’ tak lama daulu. Kalau anda nak tahu, idola ini mendedahkan bahawa dia peminat setia Gong Yoo ketika kemunculannya dalam program “Knowing Bros” selain mengatakan bahawa dia sangat sukakan drama “Goblin”.

Gong Yoo membalas,

Saya ada terbaca artikel itu. Dia inginkan autograf saya jadi saya telah hantarkan kepadanya.

Tambah pelakon itu lagi, dia turut menyelitkan kata-kata semangat kepada Lisa kerana BLACKPINK yang mempunyai populariti antarabangsa dan bekerja keras untuknya. Gong Yoo juga berterima kasih kerana idola itu menyukai drama lakonannya.

Saya bersyukur kerana dia menonton drama saya dengan baik.

Untung jadi Lisa, jadi Gong Yoo pun untung!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...