Ikuti Kami:

Pernah Jadi ‘Trend’, Ini 7 Dialog Ikonik Dari K-Drama Sering Digunakan Di TikTok

Pernah Jadi ‘Trend’, Ini 7 Dialog Ikonik Dari K-Drama Sering Digunakan Di TikTok

K-Drama mempunyai banyak dialog terkenal yang masih diingati dan banyak daripadanya telah dijadikan trend di TikTok. 

Jom baca artikel tentang K-Drama yang menjadi bualan netizen di TikTok sehingga salah satu barisan ayat dalam drama itu menjadi trend baru dalam aplikasi itu.

Business Proposal 

“Business Proposal” ialah drama yang menggembirakan bagi kebanyakan penonton. Dialog konglish yang digunakan oleh salah seorang pelakon dalam drama itu adalah antara adegan terbaik apabila luahannya di dalam kereta kepada sepupunya membuatkan penonton ketawa. Dia menyebut “You know I have no chingu” telah digunakan sekurang-kurangnya 2 juta kali di aplikasi TikTok.

Legend of the Blue Sea

Perkataan “Disgusting sh*t” yang digunakan oleh raja K-Drama, Lee Min-ho itu telah digunakan lebih 700,000 kali di TikTok dan ada yang mengatakan mereka mula menonton cerita “Legend of the Blue Sea” selepas melihat video tersebut di aplikasi tiktok.

Squid Game

Hampir semua negara mengalami musim “Squid Game” selepas pelancaran rancangan itu pada September 2021. Satu-satunya ayat bahasa Korea yang kebanyakan orang tahu mungkin adalah dialog pertama ketika permainan Lampu Hijau Lampu Merah iaitu “mugunghwa kkoci pieot sumnida”. Pada masa ini, dialog itu telah digunakan dalam TikTok lebih 9 juta kali.

My Love From the Star

Jun Ji-hyun ialah ratu K-Drama yang tidak dapat dipertikaikan dan dia juga tidak pernah gagal memberi kesan kepada penonton dengan dialog dalam drama yang dilakonkan. Dialog lancangnya “What? Excuse me? mworago?” dalam K-Drama “My Love From the Star” telah digunakan lebih 18,000 kali.

It’s Okay Not to be Okay 

Ini mungkin salah satu pengakuan cinta yang paling kelakar dan comel dalam dunia K-Drama. Ungkapan daripada skrip drama ini iaitu “Saranghae! saranghandago! saranghandanikka! jinjja neomu neomu saranghae!” telah digunakan lebih 12,000 kali.

Weightlifting Fairy Kim Bokjoo

Kalau korang peminat K-Drama, semestinya tahu ayat “Do you like Messi?”. Ini merupakan petikan dialog yang disebut oleh Kim Bok-joo dalam drama “Weightlifting Kim Bok-joo” dan bunyi baris tersebut sudah mencecah sebanyak 3 juta pengguna di TikTok.

Welcome to Waikiki 

Ayat dalam babak ini menjadi popular kerana Lee Joon-ki memberitahu rakan-rakannya supaya jangan risau dalam bahasa Korea iaitu “gwenchana, gwenchana” ketika dia ingin memandu keretanya yang diberi nama Rebecca. Tetapi secara jujurnya ia adalah sangat bahaya untuk dipandu di jalan raya kerana kereta itu sudah tua. Dialog daripada cerita “Welcome to Waikiki” itu telah digunakan dalam lebih 2.2 juta video di TikTok.

Mana satu korang paling suka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...