Utama K-Pop Pernah Hidup Susah, Hoshi SEVENTEEN Beri Bantuan Biasiswa Buat Pelajar Sekolah Lamanya

Pernah Hidup Susah, Hoshi SEVENTEEN Beri Bantuan Biasiswa Buat Pelajar Sekolah Lamanya

seventeen hoshi

Rasa berbunga hati apabila idola kegemaran kita berbuat baik kan?

Terbaru, Hoshi daripada kumpulan SEVENTEEN telah menderma untuk junior di sekolah lamanya.

Pada 29 Oktober, satu sumber darupada Sekolah Menengah Maseok terletak di daerah Gyeonggi mendedahkan,

Hoshi telah menderma sebanyak 23.1 milion won sebagai biasiswa untuk pelajar sekolah ini.

Tidak dapat hadir, ibu bapa Hoshi telah menyerahkan derma ini bagi pihak anak mereka,

Bukan mudah anak kami ingin menamatkan pembelajarannya disebabkan kehidupan yang susah, Disebabkan budi bicara pengetua dan guru kelasnya, Hoshi dapat menghabiskan sekolah dan mencapai impiannya. Hoshi meminta bantuan ini digunakan untuk membantu pelajar dalam keluarga yang mempunyai masalah kewangan supaya mereka dapat menggapai cita-cita mereka.

seventeen hoshi

Idola itu juga dikhabarkan memberi CD kumpulan SEVENTEEN dengan tandatangannya sekali sebagai hadiah buat kelab tarian di sekolah itu.

Kata pengetua sekolah itu,

Hoshi sering menderma secara senyap dan tanpa pengetahuan orang lain. Kami berharap agar bantuan ikhlasnya akan diketahui ramai dan menjadi pengaruh positif kepada pelajar lain.

Baiknya Hoshi, tak lupa langsung sesiapa yang pernah membantunya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERDispatch
Loading...