Ikuti Kami:

Pernah Dipukul Pengarah, Kisah Kesusahan Jeon Somin Ketika Awal Berlakon Kembali Tular

Pernah Dipukul Pengarah, Kisah Kesusahan Jeon Somin Ketika Awal Berlakon Kembali Tular

Walaupun merupakan seorang pelakon yang berjaya kini namun Jeon So-min turut menyimpan cerita duka pada awal kariernya.

Terdahulu, ketika muncul dalam program hiburan tvN “Live Talkshow – Taxi” pada 2015, ahli “Running Man” itu mengakui bahawa dia dilayan buruk oleh pengarah semasa baru menjejaki dunia lakonan.

Jelasnya, dia diambil berlakon untuk sebuah drama pendek pada satu masa dahulu dan pengarah sering menggunakan kata-kata kasar semasa bercakap dengannya. Malah, dia dibenci oleh lelaki itu selain turut dipukul apabila melakukan kesilapan ketika penggambaran.

jeon somin

Berasa tidak tahan, Jeon So-min cuba untuk melarikan diri dengan memanggil teksi di Gangwon-do namun ditangkap oleh pengarah tersebut dan dia akhirnya tidak menerima bayaran walaupun penggambaran itu lengkap dijalankan.

Kalau anda nak tahu, wanita itu membawa watak sampingan drama drama pendek “Miracle” pada tahun 2004 ketika masih di tahun ketiga sekolah menengah. Selepas menghabiskan 10 tahun sebagai pelakon ‘suam-suam kuku’, Jeon So-min akhirnya menempa nama menerusi drama “Princess Aurora”.

Tak lama kemudian, Jeon So-min diambil menjadi ahli baru “Running Man” pada tahun 2017 selain turut berlakon dalam banyak drama popular seperti “Top Star Yoo-baek”, “Show Window”, “Cleaning Up” dan pelbagai lagi.

jeon somin

Cerita ini menjadi tular kembali selepas Jeon So-min berkongsi beberapa gambarnya semasa berusia awal 20-an baru-baru ini di Instagram miliknya.

Kesian kan Jeon So-min..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...