Peminat pasti tahu bahawa Jennie BLACKPINK telah terpalit dalam khabar angin percintaan dengan beberapa selebriti termasuklah G-Dragon.
Baru-baru ini, Jennie dan G-Dragon telah menghadiri konsert reunion 2NE1 ‘Welcome Back’ di Seoul, bagi memberikan sokongan buat rakan agensi mereka itu.
Selepas konsert itu selesai, mereka berdua termasuk artis YG Entertainment yang lain telah ke belakang pentas untuk bergambar bersama 2NE1.
Dalam satu video yang dimuat naik di laman komuniti, netizen mendakwa bahawa Jennie dan G-Dragon sepertinya cuba untuk mengelak antara satu sama lain, menimbulkan dakwaan bahawa mereka pernah bercinta sebelum ini namun, telah berpisah.
GD and Jennie briefly meet in the hallway following 2NE1’s concerthttps://t.co/UCWC2Q5qwv pic.twitter.com/gBzf6QAv83
— pannchoa (@pannchoa) October 8, 2024
Bagaimanapun, ada juga yang percaya bahawa mereka mungkin kekok untuk berjumpa, selepas khabar angin yang menyatakan mereka bercinta sebelum ini pernah tular.
Antara komen yang ditulis,
- Jennie macam nak mengelak dari G-Dragon.
- Mestilah janggal nak jumpa kalau dah orang cakap diorang ni bercinta.
- Bukan dulu masa kat YG rapat ke?
Masing-masing tak perasan kot..