Ikuti Kami:

Pernah Digosip Cinta Bersama Son Sukku, Akaun Media Sosial Lee Seol Terus Dibanjiri Komen Jahat

Pernah Digosip Cinta Bersama Son Sukku, Akaun Media Sosial Lee Seol Terus Dibanjiri Komen Jahat

Sepertinya ada yang masih belum berpuas hati dengan Lee Seol selepas dia dikaitkan dengan Son Suk-ku.

Pada Disember tahun lalu, sebuah media melaporkan bahawa Son Suk-ku dan Lee Seol melawan perbezaan usia sebanyak 10 tahun dan menjalinkan hubungan romantik. Malah media yang sama mengatakan kedua mereka sangat terbuka dengan hubungan itu dalam industri hiburan.

Selain itu, Lee Seol juga dikatakan berjaya muncul sebagai watak khas dalam “D.P.” atas cadangan Son Suk-ku sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @difsul

Walau bagaimanapun, jawab agensi Son Suk-ku mengenai khabar angin itu,

Mereka berdua ialah senior-junior rapat.

Meskipun sudah beberapa bulan berlalu sejak khabar angin ini berterbangan, namun Lee Seol masih lagi ‘diserang’ oleh peminat Son Suk-ku dari domestik dan luar negara.

Baru-baru ini, Lee Seol telah berkongsi gambar di akaun Instagram miliknya namun ruangan komen terselit beberapa tulisan jahat seperti, “Saya berharap awak tak menunjuk sangat.”

lee sol son sukku

Untuk pengetahuan, Lee Seol berusia 29 tahun dan terkenal dengan drama seperti “Less Than Evil”, “When The Devil Calls Your Name”, “One Ordinary Day” dan lain-lain. Manakala Son Suk-ku yang berusia 39 tahun mulai popular tahun ini selepas muncul dalam drama “My Liberation Notes” dan filem “The Roundup”.

Tak baik tau komen macam tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...