Ikuti Kami:

Pernah Dengar Pulau Ungu Di Korea? Ini Antara Aktiviti Menarik Boleh Dilakukan Di Pulau Unik Ini

Pernah Dengar Pulau Ungu Di Korea? Ini Antara Aktiviti Menarik Boleh Dilakukan Di Pulau Unik Ini

Terdapat banyak pulau yang popular dalam kalangan pelancong di Korea. Tetapi pernahkah korang dengar tentang pulau yang serba ungu? Pulau yang dimaksudkan ialah pulau Ungu ataupun dikenali sebagai Purple island. Kalau datang ke sini korang disarankan untuk memakai pakaian yang berwarna ungu sebab nanti boleh masuk secara percuma.

Menariknya satu pulau ini berwarna ungu, unik bukan? Kali ini KimchiDaily ingin kongsikan antara aktiviti yang boleh dilakukan ketika datang melancong ke pulau ini.

Bau wangi  

Pulau ini sangat wangi dek kerana bunga lavender yang banyak di tanam sekitar kawasan pulau. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup bunga lalu menyebarkan bau yang nyaman daripada lavender segar. Selain itu taman lavender ini merupakan tarikan utama yang ada di pulau Ungu. Ia akan berkembang mekar pada pertengahan bulan Julai.

Pemandangan di pulau Ungu 

Aktiviti utama yang selalu dilakukan oleh pelancong di sini ialah berjalan kaki di sekitar kawasan pulau sambil bergambar. Oleh kerana pulau ini dinamakan pulau Ungu, semua bangunan termasuklah rumah penduduk di situ berwarna ungu.

Antara tarikan utama di sini ialah jambatan astetik yang sangat panjang dan sangat sesuai untuk korang bergambar. Selain daripada bunga lavender, ada pelbagai jenis bunga yang ditanam di pulau unik ini. Jadi, korang disarankan untuk melancong ke pulau ini semasa pertengahan musim bunga untuk menyaksikan keindahan bunga yang tumbuh mekar.

Aktiviti yang boleh dilakukan 

  1. Sewa basikal

Servis sewa basikal ada disediakan di pulau ini. Kalau tak larat berjalan kaki, korang boleh bersiar-siar sambil mengayuh basikal. Harga sewaan basikal untuk satu jam berharga RM 18.04.

2. Kenderaan elektrik (buggy)

Selain berjalan kaki dan berbasikal, pelancong boleh meneroka kawasan pulau Ungu dengan menaiki kenderaan elektrik yang disediakan.

3. Berehat di kafe Banwol Coffee dan makan di restoran Bakji Village 

Kalau dah penat berjalan, korang boleh lepak bersama kawan-kawan di kafe ini sambil menikmati suasana yang tenang.

Selain itu,ada juga restoran yang menyediakan pelbagai makanan tempatan. Disebabkan oleh tema pulau ini ialah warna ungu, pemilik restoran Bakji Village menghidangkan makanan di dalam pinggan mangkuk yang berwarna ungu. Nanti korang boleh isi perut di restoran ini.

4. Kedai cenderamata

Pulau Ungu ini juga ada menyediakan kedai cenderamata, jadi boleh lah korang belikan hadiah untuk kawan-kawan. Semua barangan yang dijual adalah berwarna ungu.

Kreatif dan unik konsep pulau ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...