Ikuti Kami:

Pernah Chubby Dahulu, Im Jiyeon Kongsi 2 Tips Diet Terbaik

Pernah Chubby Dahulu, Im Jiyeon Kongsi 2 Tips Diet Terbaik

Tidak dapat disangkal, Im Ji-yeon ialah seorang pelakon wanita yang menunjukkan ‘taringnya’ dalam dunia K-Drama pada tahun ini.

Bukan sahaja dikagumi kerana persembahan lakonan mantap, malah wanita itu turut disukai ramai kerana pandai menjaga badan. Bahkan dek fizikal yang tinggi lampai, Im Ji-yeon sentiasa tampil elegan dan mampu menggayakan pelbagai fesyen yang tiada hadnya.

Bagi yang tidak mengetahui, pelakon “The Glory” itu sebenarnya agak berbentuk pada suatu ketika dahulu. Namun dek keazaman yang tinggi, Im Ji-yeon berjaya mengurangkan berat sebanyak 8kg bagi menonjolkan badan ideal buat wanita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lim ji yeon (@limjjy2)

Antara tipsnya ialah pengurangan pengambilan karbohidrat, makanan masin dan pedas selain mengamalkan minuman teh hibiscus dan tomato. Jikalau berasa lapar sebelum tidur, dia akan menjamah 2 ke 3 buah bagi mengalas perut. Diet ini bukan sahaja mahu mengurangkan pengambilan kalori tapi untuk memastikan kulitnya nampak gebu dan kemerah-merahan.

Bukan itu sahaja, Im Ji-yeon menggabungkan senaman di gim dan pilates bagi menjaga fizikalnya. Jikalau tiada jadual penggambaran mahupun aktiviti seni, dia akan memastikan akan bersenam pada saban hari.

im jiyeon

Menurut pelakon itu, tidak berharap dengan pil mengurangkan berat badan atau diet ekstrem, tips yang diamalkan ini pastinya akan membina rutin yang mempromosikan badan yang langsing dan dalam masa yang sama turut menjaga kesihatan.

Cantik~

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...