IU telah menggembirakan peminat “Hotel Del Luna” dengan entrinya di Instagram!
Pada 10 Januari, melalui Instagram Story, IU telah berkongsi bahawa bekas bintang bersama di “Hotel Del Luna”, Lee Do-hyun, telah mengejutkannya dengan hadiah manis, apabila mereka bertemu di acara ‘Golden Disc Awards’ pada hujung minggu lepas.
Lee Do-hyun telah menyediakan banyak beg hadiah yang diisi dengan ‘macaron’ untuk IU dan seluruh kakitangannya. IU menyiarkan dua foto dirinya bersama pelakon itu dan menyatakan rasa terima kasihnya dengan menulis,
Dia juga turut membawanya untuk kakitangan.
Merujuk kepada watak mereka dalam “Hotel Del Luna”, IU juga menulis,
Seekor kelip-kelip yang baik hati dan pemurah datang. Saya sangat gembira berjumpa dengannya.
Ada tak yang nak tengok mereka dalam satu drama lagi?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.