Ikuti Kami:

Pernah Berkahwin, Penulis Webtoon ‘True Beauty’ Dedah Sebenarnya Sudah Miliki Seorang Anak Lelaki

Pernah Berkahwin, Penulis Webtoon ‘True Beauty’ Dedah Sebenarnya Sudah Miliki Seorang Anak Lelaki

Siapa yang minat drama “True Beauty” mesti kenal dengan penulis webtoon asalnya iaitu ‘Yaongyi’.

Bukan sahaja berjaya menghasilkan naskhah yang mencipta fenomena di luar Korea, malah dia juga terkenal kerana kecantikannya dalam dunia sebenar. Bahkan watak Ju-kyung di dalam “True Beauty” juga sebenarnya diinspirasikan daripada kehidupannya sendiri.

Meskipun mengakui bahawa dia pernah berkahwin sebelum ini namun rata-rata peminat terkejut apabila wanita itu mendedahkan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 야옹이 (@meow91__)

Menerusi entri terbaru di laman Instagram milkinya, Yaongyi memuat naik gambar dia berpegangan tangan dengan anak lelakinya. Walaupun menutup muka anak lelakinya itu namun dia meluahkan segala rasa di dalam Story tersebut.

Saya memiliki seorang anak yang lebih berharga daripada kehidupan sendiri. Dia merupakan kewujudan yang saya lindungi lebih daripada nyawa sendiri dan saya akan terus melakukannya pada masa hadapan.

Daripada luahannya itu, ternyata Yaongyi meletakkan anak lelakinnya lebih daripada segala-galanya.

Dia langsung tak pernah berjauhan daripada saya namun kini, dia sudah pun memasuki sekolah rendah. Dia merupakan sumber motivasi buat saya dan benda paling berharga buat saya, saya akan melindunginya selama-lamanya. Disebabkan kewujudannya, saya terus kuat untuk menjalani hari-hari mendatang walaupun berasa penat.

yaongyi true beauty

Bahkan Yaongyi turut berterima kasih kepada semua yang terus menyokong dan membantu dia membesarkan anak tunggal miliknya itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...