Ikuti Kami:

Pernah Ada Kes, Wheesung Mungkin Meninggal Dunia Dek Ambil Barang Terlarang Berlebihan?

Pernah Ada Kes, Wheesung Mungkin Meninggal Dunia Dek Ambil Barang Terlarang Berlebihan?

Ramai yang terkejut apabila Wheesung dilaporkan meninggal dunia pada usia 43 tahun kelmarin.

Turut dikenali dengan nama Real Slow, mendiang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan terkena serangan jantung pada petang hari yang sama.

Meskipun masih dalam siasatan, polis menyatakan terdapat kemungkinan lelaki itu mengambil nyawanya sendiri dan mengambil pil berlebihan.

Tiada bukti pencerobohan atau permainan kotor. Kami sedang menyiasat butiran, termasuk sama ada dia meninggalkan nota.

Sebelum ini, Wheesung pernah dijatuhi hukuman dua tahun penjara dengan tempoh percubaan kerana penyalahgunaan ubat propofol secara haram pada tahun 2021. Dia didapati bersalah kerana membelanjakan 6.5 juta won untuk 12 preskripsi propofol dari September hingga November 2019.

wheesung mahkamah

Malah dia pernah ditemui tidak sedarkan diri pada Mac dan April 2020 setelah menggunakan etomidate secara berlebihan, sejenis ubat tidur yang seakan-akan propofol.

Dalam pada itu, majlis pengebumian mendiang ditangguhkan kini bukan kerana alasan autopsi tapi dek ahli keluarga yang masih terkejut dengan insiden ini. Konsert bersama KCM yang sepatutnya berlangsung tak lama lagi turut dibatalkan tanpa pemberitahuan lanjut.

Nantikan maklumat lanjut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Joongang Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.