Ikuti Kami:

Pertemuan Berbunga, ‘Snowdrop’ Bermula Dengan Rating Biasa

Pertemuan Berbunga, ‘Snowdrop’ Bermula Dengan Rating Biasa

Apa macam perasaan semua yang sudah lama menanti tayangan drama “Snowdrop”? Adakah tayangan awalnya memuaskan hati anda?

Sinopsis

“Snowdrop” berlatar belakangkan Seoul pada tahun 1987 dan membawa kisah Im Soo-ho (Jung Hae-in), seorang pelajar di universiti berprestij yang tiba-tiba berlari masuk ke asrama wanita pada satu hari dalam keadaan berlumuran darah. Eun Young-cho (Ji-soo), seorang pelajar yang ceria dan baik hati kemudiannya telah menyembunyikan lelaki itu dan merawat lukanya walaupun dalam keadaan bahaya.

Pertemuan berbunga

[Amaran SPOILER]

Daripada awal tayangan, penonton disajikan dengan kehidupan asrama perempuan di sebuah universiti pada tahun 1980-an. Penuh dengan karakter yang berlainan, Eun Young-ro kelihatan naif dan paling baik di dalam asramanya.

jtbc snowdrop

Hanya berkenalan menerusi satu temu janji buta berkumpulan, hati gadis itu terus terpaut kepada Im Soo-ho. Nampaknya jodoh mereka tidak terhenti di situ, kedua mereka kembali berjumpa pada satu malam yang mengubah segala-galanya. Lelaki itu yang terluka tanpa sengaja memasuki asrama perempuan itu dan dibantu oleh Eun Young-ro dan rakan sebiliknya.

Meskipun nampak normal namun Im Soo-ho bukanlah hanya pelajar biasa namun dia sebenarnya merupakan ejen perisik dari Korea Utara yang mempunyai misi di Seoul. Jadi, apakah sambungan hubungan mereka berdua dan bagaimanakah reaksi Eun Young-ro apabila mengetahuinya? Sama-sama kita nantikan!

jtbc snowdrop

Respon baik

Untuk episod awal ini, “Snowdrop” menunjukkan catatan yang baik dengan rekod rating 2.985%. Dalam pada itu, ia juga menerima respon yang hangat di laman penstriman Disney+.

Bagaimana respon anda untuk episod pertama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...