Ikuti Kami:

Permulaan Ala Blockbuster, Episod Awal ‘The Veil’ Raih Rating Tinggi

Permulaan Ala Blockbuster, Episod Awal ‘The Veil’ Raih Rating Tinggi

Dengar cerita ramai betul yang teruja apabila melihat Namgoong Min berlakon sebagai ejen NIS yang ‘tersakiti’?

Sinopsis

Untuk pengetahuan anda, “The Veil” ialah sebuah drama aksi blockbuster di mana Namgoong Min membawa watak Han Ji-hyuk, seorang ejen lapangan elit di NIS (National Intelligence Service). Disebabkan oleh rekodnya yang sempurna dan berbakat dalam menyelesaikan misi, lelaki itu dinamakan sebagai ejen teratas dan sering diidolakan oleh rakan sekerjanya.

Episod awal mendebarkan

[Amaran SPOILER]

Memang gelap betul drama “The Veil” daripada permulannya, malah pelbagai sisi berbeza Namgoong Min dapat dilihat dalam dua episod awal ini. Daripada lelaki itu yang kelihatan kusut masai kepada personaliti yang nekad untuk membalas dendam terhadap individu yang menjatuhkannya.mbc the veilMalah ramai yang tak sabar melihat pertemuan antara Han Ji-hyuk dan Seo Soo-yeon (Park Ha-sun) yang pada asalnya baik namun bertukar musuh tanpa sebab yang pasti. Disebabkan oleh perhubungan yang dingin antara mereka, sudah pasti para penonton turut tidak senang duduk menantikan apa yang bakal terjadi kepada keduanya.

Rating tinggi

“The Veil” yang merupakan antara drama termahal MBC pada tahun ini dan mendapat perhatian ramai nyata tidak meghampakan apabila ianya mencata rating tinggi untuk episod awalnya. Di mana pertama merekodkan catatan sebanyak 7.2% dan menaik kepada 8.0% untuk episod kedua.mbc the veilMemang blockbuster habis drama ini! Korang dah layan belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...