Mesti ramai yang pernah singgah 7-Eleven akan nampak produk minuman ‘Hausboom’ di dalam peti ais minuman kan? Produk buatan rakyat Malaysia sendiri itu kian meningkat naik namanya di Malaysia. Tipulah kalau tak dengar jenama ‘Hausboom’ di Malaysia ini. Tapi tak sangka yang populariti jenama minumun air itu telah melangkau sehingga ke Korea Selatan selepas satu kumpulan idola ini tanpa sengaja telah mempromosikannya!
Kisah ini bermula apabila gambar kumpulan idola Stray Kids untuk sebuah majalah telah tersebar secara luas di Twitter. Walaupun gambar itu nampak kabur namun ada seorang peminat kumpulan itu yang cam minuman ‘Hausboom’ yang turut berada dalam gambar itu.
Kalau anda nak tahu, Stray Kids merupakan satu kumpulan idola lelaki di bawah agensi JYP Entertainment. Lagi seronok apabila salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Jisung pernah tinggal dan belajar di Malaysia semasa umurnya 12 tahun. Mengikut pendedahan idola itu sebelum ini, dia pernah tinggal di Subang, Ampang dan Cheras!
so minho was drinking hausboom mango flavour? that’s a sparkling fruit beverage originated from malaysia… it’s a halal-certified beverage and it tastes good as well
(haus means thirsty in malay) pic.twitter.com/5oSUW1eeXn
— ain. (@chanknots) September 17, 2019
Pemilik produk itu iaitu Azri Zahier Azmi turut tidak menyangka tuah sebegitu datang bergolek di kakinya. Tidak terfikir langsung yang suatu hari nanti ada artis K-Pop yang mempromosikan minuman keluaran syarikatnya!
“Bila aku dah berjaya eksport ke Korea, aku bayangkan yang akan ada artis KPOP minum Hausboom and promosi jenama ini secara tak langsung. Alhamdulillah. Apa yang aku bayangkan menjadi realiti!” jelas pemilik Hausboom di laman Instagramnya.
Selepas melihat gambar idola kegemaran mereka bersama minuman itu, ramai peminat Stray Kids yang mula ‘menyerang’ 7-Eleven untuk mendapatkannya! Tak kurang juga ada peminat daripada luar negara yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang minuman itu.
Cayalah Stray Kids! Semoga produk ‘Hausboom’ daripada Malaysia dapat menempa nama di pasaran dunia suatu hari nanti!
Sumber: Twitter