Ikuti Kami:

“Perlu Lah..’ – Dari Lee Minho Ke Lee Seyoung, K-Drama Kini Dipersoal Papar Babak Ranjang Dari Episod Awal

“Perlu Lah..’ – Dari Lee Minho Ke Lee Seyoung, K-Drama Kini Dipersoal Papar Babak Ranjang Dari Episod Awal

Nampaknya K-Drama sekarang kian berani memaparkan aksi ranjang dari episod pertama lagi.

Baru-baru ini, beberapa drama seperti “The Queen Who Crowns”, “When The Stars Gossip” dan “Motel California” telah pun menayangkan babak atas katil di awal episod.

Pada siaran pertama drama “The Queen Who Crowns” pada 6 Januari lalu, adegan ranjang antara Wongyeong Wanghu (Cha Joo-young) dan Taejong Lee Bang-won (Lee Hyun-wook) telah menarik perhatian ramai.

the queen who crowns

Terutama sekali, versi 19+ yang ditayangkan melalui ‘Tving’ ternyata menjadi bualan penonton kerana ia menampilkan adegan lebih berani berbanding siaran televisyen yang dihadkan kepada 15 tahun ke atas.

Dalam drama “When The Stars Gossip”  yang juga ditayangkan di tvN, adegan ranjang turut dipaparkan sejak siaran pertama. Lakonan utama oleh Lee Min-ho dan Gong Hyo-jin menampilkan adegan di atas katil bersama pasangan masing-masing, membawa emosi mendalam dalam setiap adegan.

Selain itu, dalam drama “Motel Californi” turut menyelitkan babak provokatif antara teraju utamanya, Lee Se-young dan Na In-woo. Wataknya, Ji Kang-hee, dilihat melalui malam pertamanya bersama Chun Yeon-soo (Na In-woo) dengan dialog berani dan aksi yang panas.

when the stars gossip

Tayangan adegan-adegan ranjang ini sejak siaran pertama mencetuskan pelbagai reaksi, dengan sebahagian penonton menganggapnya sebagai keterlaluan, manakala yang lain melihatnya sebagai elemen yang diperlukan untuk penceritaan drama.

Apa pula pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...