Ikuti Kami:

Perlu Kuarantin 10 Hari Dek Jadi Kontak Rapat, Agensi Dedah Sebab Song Jihyo Belum Divaksin

Perlu Kuarantin 10 Hari Dek Jadi Kontak Rapat, Agensi Dedah Sebab Song Jihyo Belum Divaksin

Semalam diumumkan bahawa Eun-hyuk Super Junior telah disahkan positif COVID-19 dan yang menjadi kontak rapat telah melakukan ujian PCR dengan segera.

Disebabkan idola itu telah menyertai rakaman “Running Man” pada 17 Januari lalu, kesemua ahli dan staf program tersebut telah menjalani ujian COVID-19.

Terbaru, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi Song Ji-hyo, wanita itu terpaksa menjalani kuarantin 10 hari selepas menjadi kontak rapat dan tidak akan menyertai rakaman “Running Man” pada 24 dan 25 Januari ini.

Ini berikutan wanita itu yang tidak mendapatkan suntikan vaksin lagi memandangkan sejarah alergi yang dimilikinya sejak kecil.

song jihyo

Kenyataan penuh:

Hello, ini ialah Creative Group ING.

Kami ingin menyampaikan mengenai ketidak hadiran Song Ji-hyo pada rakaman SBS ‘Running Man’.

Semasa rakaman program pada 17 Januari lalu, telah disahkan pada 20 Januari bahawa terdapat pertemuan dengan individu positif COVID-19. Selepas berita itu disampaikan, ujian PCR telah dilakukan dengan kadar segera.

Keputusan yang diterima ialah negatif namun bagi mengambil langkah berjaga-jaga, jadual yang telah dijadualkan akan dibatalkan supaya Song Ji-hyo dapat menjalani kuarantin selama 10 hari. Maka, Song Ji-hyo tidak dapat menghadiri rakamn ‘Running Man’ yang dijadualkan pada 24 dan 25 Januari.

Dalam pada itu, kami ingin menjelaskan sebab perlu kuarantin kendiri selama 10 hari. Song Ji-hyo telah didiagnos dengan ‘alergi terhadap ubatan barat’ semasa kecil. Bahkan pada 2011, semasa jadual yang padat, dia pernah mengalami situasi yang genting seperti tompokan pada badan dan kesesakan nafas selepas menerima suntikan Ringer di dalam situasi di mana rawatan fizikal sangat diperlukan. Terdapat rekod bilik kecemasan bagi menerima rawatan dek situasi cemas ini. Sejak itu, reaksi berkaitan antibiotik sering berulang.

Oleh sebab itu, selepas rundingan panjang dan mengikut pendapat pakar perubatan, Song Ji-hyo terpaksa berfikir dengan lebih teliti untuk mendapatkan vaksin untuk COVID-19.

Kami akan terus mengikut peraturan kuarantin yang dikeluarkan penguatkuasa kesihatan dan melakukan yang terbaik bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelakon kami. Kami akan menurut segala permintaan yang diperlukan oleh penguatkuasa kuarantin.

Terima kasih.

Bukan sengaja tak nak ambil, semoga semuanya baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...