Ikuti Kami:

“Perlu Ke..” – Rakaman S*ks Haram, ‘A Killer Paradox’ Dikritik Selit Babak Bermasalah

“Perlu Ke..” – Rakaman S*ks Haram, ‘A Killer Paradox’ Dikritik Selit Babak Bermasalah

Berdasarkan webtoon asal yang diterima baik kerana konsep dan susunannya yang inovatif, “A Killer Paradox” telah mendapat pujian atas arahan yang berbeza dan kontemporari, serta lakonan mengagumkan daripada pelakonnya.

Walau bagaimanapun, beberapa adegan tertentu telah menimbulkan kemarahan kerana dikatakan agak berlebihan dan melampau. Antara aspek yang dikritik ‘keras’ adalah adegan seksual yang tidak diperlukan. Satu adegan khusus yang melibatkan Lee Tang (Choi Woo-shik) yang curang dianggap berlebihan, terutamanya babak rakaman haram mangsa seksual dalam episod ke-5.

Meskipun pengarah Lee Chang-hee menjelaskan babak melibatkan Choi Woo-shik itu perlu dipaparkan untuk menjelaskan konflik moral watak itu namun masih ramai yang meragui keperluan untuk menyelitkannya hingga integriti seni pencipta filem tersebut dipersoal penonton.

a killer paradox

Selain itu, keputusan untuk menyertakan rakaman seksual haram turut menimbulkan kontroversi. Para pengkritik berhujah bahawa peristiwa itu sepertinya ‘menggunakan’ kesakitan mangsa sebenar sebagai tarikan yang tak diperlukan pun sebenarnya.

Ternyata popular, “A Killer Paradox” kini menduduki tangga teratas bagi ranking populariti TV di Netflix Global bagi kategori Bukan Bahasa Inggeris. Namun ianya tetap tidak dapat memadam api kritikan yang dihamburkan oleh penonton dari seluruh dunia.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...