Ikuti Kami:

“Perlu Ke..” – Kim Jongkook Perli Perniagaan Baju Dalam Song Jihyo?

“Perlu Ke..” – Kim Jongkook Perli Perniagaan Baju Dalam Song Jihyo?

Bukan “Running Man” lah, kalau tak mengusik satu sama lain kan?

Sementara itu, Kim Jong-kook mengusik perniagaan pakaian tidur Song Ji-hyo, menambah suasana jenaka. Haha meluahkan rasa kecewa kepada Song Ji Hyo dengan berkata,

Dia baru keluarkan jenama pakaian baru, tapi saya tak dapat apa-apa pun, isteri saya saja yang dapat.

Yoo Jae-suk kemudian menambah mengenai perniagaan pakaian tidur terbaru wanita itu,

Bukankah ianya pakaian wanita?

Mendengar hal ini, Kim Jong-kook bertanya dengan hairan,

Saya betul-betul nak tahu, kenapa orang beli pakaian tidur? Perlukah beli pakaian tidur khas?

song jihyo

Tambahnya,

Biasanya kita guna pakaian lama atau pakaian yang selesa di badan sebagai pakaian tidur? Saya rasa membeli pakaian tidur khas agak pelik.

Ucapan Kim Jong-kook yang secara terbuka ‘mengusik’ perniagaan pakaian tidur Song Ji-hyo menyebabkan Yoo Jae-suk dan Ji Suk-jin bertindak balas dengan gurauan,

Cukup-cukuplah. Dia cuma mahu menjalankan perniagaan.

Biasalah dorang mengusik..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   XSports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...