Ikuti Kami:

“Perlu Ke Babak Ini?” – ‘All Of Us Are Dead’ Dikritik Selit Babak Keganasan Seksual Libatkan Pelajar Sekolah

“Perlu Ke Babak Ini?” – ‘All Of Us Are Dead’ Dikritik Selit Babak Keganasan Seksual Libatkan Pelajar Sekolah

Tidak dinafikan bahawa “All Of Us Are Dead” merupakan antara siri Netflix yang meraih perhatian ramai kini.

Meskipun memaparkan pelbagai babak tegang dek serangan zombi namun naskhah itu tidak terlepas daripada menerima kritikan ramai. Ini adalah kerana babak keganasan seksual yang dianggap keterlaluan dan sepertinya tidak perlu diselitkan pun di dalam naratif drama ini.

Dalam episod 1, Yoon Gwi-nam (Yoo In-soo) membuli Oh Hye-soo (Min Eun-ji) dengan menanggalkan pakaiannya dan meminta Kim Cheol-soo (Ahn Ji-ho) untuk merakam kejadian itu. Dalam babak itu, pelajar perempuan itu hanya memakai skirt dan menutup bahagian dadanya dengan tangan.

kontroversi all of us are dead

Meskipun Lee Soo-hyuk (Park Solomon) datang bagi membawa kedua mangsa keluar, namun ayat Yoon Gwi-nam membuatkan gadis itu kembali membuka bajunya kerana tidak mahu perkara yang lebih buruk berlaku.

Awak nampak seksi dalam video ini. Saya kawan dengan ibu awak di Facebook. Patut tak saya hantar kepadanya?

kontroversi all of us are dead

Babak berkenaan nyata menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penonton memandangkan ia mengobjektifikasikan pelajar perempuan bawah umur.

Komen netizen,

Apabila menceritakan kisah jenayah, menyakitkan mangsa bukan lah seni tapi kesalahan.

 

Untuk mengkritik jenayah seksual, babak berkenaan tidak sepatutnya dipaparkan sebagai pornografi.

 

Saya tak pasti mengapa babak itu dilepaskan hingga suntingan terakhir.

Siri itu semakin dikritik kerana babak berkenaan langsung tidak muncul dalam webtoon asalnya.

Malah babak lain turut menimbulkan rasa kurang senang penonton ialah di mana salah seorang pelajar perempuan di sekolah itu yang melahirkan anak di dalam tandas sebelum berubah menjadi zombi.

Pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...