Ikuti Kami:

Perlu Jaga Imej, Ini 4 Perkara Tak Boleh Dilakukan Oleh Selebriti Korea

Perlu Jaga Imej, Ini 4 Perkara Tak Boleh Dilakukan Oleh Selebriti Korea

Banyak perkara yang sepatutnya boleh sahaja dilakukan oleh orang biasa, tetapi artis Korea tidak boleh melakukannya.

Semestinya dengan pelbagai perkara yang tidak boleh dilakukan akan membuatkan selebriti berasa tertekan.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan oleh selebriti Korea disebabkan oleh imej yang perlu dijaga.

Minum minuman keras sambil parti

perkara artis korea tak boleh buat

Bagi orang bukan Islam, mereka dibenarkan untuk minum minuman keras mahupun berparti dan berhibur. Tetapi, masyarakat di Korea sangat pantang jika tahu selebriti kesayangan mereka minum minuman keras.

Jika selebriti mahu minum minuman keras, mereka harus merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan awam kerana mereka berkemungkinan akan dikecam oleh orang ramai.

Merokok

perkara artis korea tak boleh buat

Baru-baru ini, gambar D.O dari kumpulan K-Pop lelaki popular, EXO, tular di media sosial kerana merokok. Perbuatannya itu sebenarnya adalah perkara biasa yang dilakukan oleh orang awam, tetapi disebabkan oleh dirinya merupakan idola K-Pop mereka merasakan ianya perkara yang tidak bermoral.

Disebabkan oleh kejadian itu, D.O telah dikenakan saman kerana dia didapati merokok di kawasan larangan. Jika seseorang selebriti itu mahu merokok, mereka harus menyorok perbuatan itu kerana selebriti akan dikecam kerana ia dianggap menunjukkan contoh yang tidak baik.

Tatu

perkara artis korea tak boleh buat

Jika artis Korea didapati mempunyai tatu sembarangan, mereka akan dikecam oleh peminat kerana merasakan ini ialah tindakan kurang bermoral dan tidak profesional.

Sebenarnya perniagaan servis tatu ialah sesuatu yang haram di Korea Selatan. Ianya jelas kerana proses untuk membuat tatu itu menyakitkan dan boleh memudaratkan diri. Kebanyakan agensi hiburan di Korea menasihatkan artis di bawah naungannya untuk tidak mendapatkan tatu.

Dating selebriti

perkara artis korea tak boleh buat

Ada sesetengah peminat tidak suka jika artis kegemaran mereka bercinta, tidak kiralah bersama orang biasa mahupun sesama artis. Jika ini berlaku, selebriti itu akan kekurangan peminat. Mungkin sebab inilah ramai selebriti Korea ramai yang bujang walaupun umur sudah mencecah 30 tahun.

Tetapi korang jangan salah anggap sebab ada sahaja peminat yang suka dengan pasangan suami isteri selebriti seperti pelakon utama drama “Crash Landing On You”, Hyun Bin dan Son Ye-jin.

Artis pun nak hidup macam orang biasa juga.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...