Ikuti Kami:

“Perkecilkan Wanita” – Belum Tayang Tapi Dah Dikritik, Netizen Beri Reviu Awal ‘Dark Nuns’

“Perkecilkan Wanita” – Belum Tayang Tapi Dah Dikritik, Netizen Beri Reviu Awal ‘Dark Nuns’

Belum ditayangkan, secara tiba-tiba ada yang mengkritik filem lakonan Song Hye-kyo, “Dark Nuns”.

Menurut seorang pengguna di X, dia memberikan ulasan setelah menyertai tontonan awal filem berkenaan dek topik yang kontroversi dalam plotnya.

“Dark Nuns” dijangka menjadi tambahan yang menarik kepada genre thriller, yang semakin popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, ia kini dikritik kerana kekurangan bahan. Menurut ulasan tersebut, pengarah gagal menyampaikan naratif yang padu, menyebabkan penonton kecewa dengan plot yang digambarkan sebagai “menyedihkan.”

Semasa sesi soal jawab, seorang penonton bertanya kepada pengarah tentang plot, dan pengarah mengakui bahawa ia adalah kesilapan di pihaknya kerana plot tersebut sangat lemah.

dark nuns

Entri itu turut menyebut mengenai pengunaan berulang kali istilah ‘rahim busuk’ dan ‘pelacur’ yang sepertinya merendahkan wanita. Istilah-istilah ini, bersama elemen-elemen lain yang tidak menyenangkan dalam skrip, meninggalkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen yang mengharapkan pengalaman sinematik yang lebih baik.

Filem itu kerap menggunakan perkataan seperti ‘rahim busuk,’ ‘pelacur,’ dan ‘benda keluar dari badan wanita,’ yang membuat saya tidak selesa. Terdapat terlalu banyak istilah misoginis digunakan sepanjang filem itu.

Maklum balas negatif terus tular, dengan netizen kini menyatakan bahawa mereka tidak akan membeli tiket. Ada juga yang memanggil filem itu sebagai “membazirkan wang” selepas membaca ulasan kritikal tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...