Goo Hye-sun kembali untuk penggambaran majalah buat pertama kali selepas sah bercerai dengan Ahn Jae-hyun. Fasa kehidupan yang sedih itu tidak menghalang wanita tersebut untuk tersenyum gembira dan tampil ceria ketika penggambaran itu berlangsung.
Selepas berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 14 kilogram, nampak lain sungguh visual Gu Hye-sun. Tak pernah berehat dengan lamanya, namun wanita itu hanya berseloroh melihatkan situasi hidupnya sekarang ini,
Sebenarnya saya seorang yang tak suka berehat, tetapi saya dah bermalasan buat seketika sekarang ini. Kini, saya akan cuba buat sesuatu selain daripada tidur. Saya akan berehat apabila dah mati nanti.
Bahkan pelakon itu tak segan untuk mengakui bahawa dia sering bekerja tanpa meletakkan jiwanya sekali tapi kini, tidak lagi. Setelah mencecah usia 30-an, Gu Hye-sun yakin bahawa tiada apa yang mustahil apabila mencapai usia tersebut.
Meskipun sudah bercerai, namun Gu Hye-sun meminta agar semua menyokongnya.
Ramai yang menyangkakan bahawa penceraian adalah sesuatu yang malang tapi saya mempunyai tanggapan yang lain. Kalau perkahwinan adalah fantasi penuh pengharapan, penceraian pula adalah realiti.
Bahkan wanita ini dikhabarkan bakal mengeluarkan album terbaru pada September nanti, setelah tidak mengeluarkan apa-apa muzik buat sekian lamanya. Penceraian sesungguhnya bukan sesuatu yang mengikat seseorang daripada melakukan apa yang disukainya.
Saya boleh lakukan apa sahaja sekarang ini kerana saya berseorangan.
Semoga hari yang lebih cerah menyapa hidup Gu Hye-sun selepas ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.