Ikuti Kami:

Perkahwinan Bertahan Hanya 11 Bulan, Kim Bora & Suami Akan Bercerai

Perkahwinan Bertahan Hanya 11 Bulan, Kim Bora & Suami Akan Bercerai

Perkahwinan Kim Bo-ra bersama Jo Ba-reun nampaknya tak bertahan lama.

Menurut laporan pada 10 Mei, Kim Bo-ra telah selesai melakukan prosiding perceraian dengan suaminya, Jo Ba-reun. Katanya, sebab perpisahan mereka adalah kerana perbezaan personaliti.

Sebagai respon, agensi mengesahkan,

Selepas pertimbangan yang teliti dan perbincangan yang mencukupi, pelakon Kim Bo-ra telah meneruskan prosiding perceraian melalui persetujuan bersama.

Kami telah selesai melakukan semua prosedur dan kami meminta anda untuk tidak melakukan sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat palsu.

kim bora

Untuk pengetahuan, Kim Bo-ra dan pengarah Jo Ba-reun bertemu ketika rakaman filem “Ghost Mansion” pada 2021 dan bercinta selama kira-kira tiga tahun. Kemudian, mereka telah berkahwin pada Jun 2024 yang lalu.

Semoga segalanya dipermudahkan untuk mereka berdua.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...