Ikuti Kami:

Perincian Karakter ‘Did We Love?’ Didedahkan, Drama Baru Song Jihyo Bakal Temui Penonton Julai Ini

Perincian Karakter ‘Did We Love?’ Didedahkan, Drama Baru Song Jihyo Bakal Temui Penonton Julai Ini

Tak sabarnya nak tonton drama baru lakonan pelakon pujaan ramai iaitu Song Ji-hyo tak lama nanti!

“Did We Love?” membawa kisah Noh Ae-jung (Song Ji-hyo), seorang produser filem dan juga ibu tunggal yang sudah hidup sendirian selama 14 tahun lamanya. Sudah pun meletakkan kisah romantik jauh daripada fikirannya, wanita itu secara tiba-tibe terjerumus dengan fasa kedua kehidupannya apabila empat lelaki mula mengaburi pemikiran Ae-jung.

Son Ho-jun membawa watak bekas teman lelaki Ae-jung iaitu Oh Dae-oh yang merupakan seorang penulis novel yang popular dan diberi nama jolokan ‘lelaki jahat yang mempersonakan’. Meskipun semua wanita tahu lelaki ini adalah perkhabaran yang tidak baik tetapi mereka tidak mampu untuk menolak daripada jatuh cinta dengannya.

drama did we love

Watak Ryu Jin, seorang pelakon gred A pula dilakonkan oleh Song Jong-ho. Lelaki ini digambarkan sebagai seorang yang nampak hebat di luarnya tetapi sangatlah kasihan di dalamnya. Walaupun kelihatan sempurna, Ryu Jin sebenarnya menyimpan pelbagai persona menarik di sebalik imejnya sebagai seorang selebriti popular.

Koo Ja-sung pula melakonkan watak Oh Yeon-woo, seorang yang ceria dan sangat yakin dengan dirinya sendiri. Bertugas sebagai guru pendidikan jasmani, umurnya yang muda tidak menghalang lelaki ini daripada mencuri hati wanita daripada pelbagai peringkat usia. Semangat jitunya dalam memenangi hati Ae-jung pasti akan membuat penonton menyokong lelaki ini.

Kim Min-joon diberikan tanggungjawab menggalas watak Goo Pa-do, seorang bekas gangster yang dah berubah dan kini merupakan CEO. Nampak ganas dan tegas tetapi hatinya dikhabarkan dipenuhi dengan taman.

Kalau ada watak protagonis, mesti ada watak antagonisnya kan? Dasom daripada kumpulan SISTAR bakal memainkan watak sebagai Joo Ah-rin yang bakal menghuru-harakan hubungan romantik di antara empat lelaki ini dengan Ae-jung.

“Did We Love?” akan memulakan tayangan di saluran JTBC bermula Julai ini!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...