Ikuti Kami:

Perhatian! Ini 21 Filem Korea Yang Boleh Ditonton Pada 2022

Perhatian! Ini 21 Filem Korea Yang Boleh Ditonton Pada 2022

Tahun 2022 merupakan tahun yang meriah buat industri perfileman di Korea Selatan!

Banyak filem dijangka bakal ditayangkan di pawagam pada tahun 2022, kerana banyak tayangan perdana telah ditangguhkan tahun lalu akibat COVID-19. Daripada pelakon hebat Ma Dong-seok sehingga Lee Jung-jae, terdapat ramai lagi barisan bintang popular yang bakal menemui penonton dalam filem mereka tahun ini!

Lihat senarai 21 filem Korea Selatan yang boleh ditonton pada 2022:

1. The Moon

the moon korean film

Kim Young-hwa, yang mengarahkan filem fantasi hit box office yang memecahkan rekod iaitu “Along with the Gods”, kini cuba untuk mencipta filem bertemakan angkasa lepas. Dengan visual bulan yang menakjubkan, filem ini dijangka berbaloi untuk ditonton. “The Moon” mengisahkan tentang seorang lelaki yang ditinggalkan bersendirian di angkasa dan seorang lelaki di Bumi yang bermati-matian cuba menyelamatkannya. Do Kyung-soo atau lebih dikenali sebagai D.O. EXO akan membintangi filem ini sebagai lelaki yang terperangkap di angkasa lepas akibat kemalangan yang tidak dijangka, dengan Sul Kyung-gu sebagai lelaki yang cuba menyelamatkannya, dan Kim Hee-ae sebagai pengarah besar NASA yang memegang kunci penting untuk kejayaan misi ini. Walaupun penggambaran telah dijalankan namun, tarikh tayangan tetap untuk filem ini masih belum diumumkan.

2. Concrete Utopia

concrete utopia

“Concrete Utopia” ialah filem adaptasi daripada webtoon Kim Sung-nik, yang menggambarkan bagaimana sifat manusia berubah apabila berhadapan dengan malapetaka. Lee Byung-hun akan memegang watak sebagai wakil penduduk pangsapuri, sementara Park Seo-joon dan Park Bo-young akan berperanan sebagai pasangan yang terselamat di situ. “Concrete Utopia” tertumpu kepada mangsa yang terselamat daripada gempa bumi besar yang memusnahkan Seoul, ketika mereka berkumpul di bangunan tunggal yang masih hidup di Pangsapuri Hwanggoong. Walaupun penggambaran telah dijalankan namun, tarikh tayangan tetap untuk filem ini masih belum diumumkan.

3. Confidential Assignment 2: International

confidential assignment 2: international

“Confidential Assignment 2”, ialah susulan kepada filem komedi aksi 2017, “Confidential Assignment”, yang akan tiba tahun ini. Ia mengisahkan tentang detektif Korea Utara Lim Cheol-ryung (lakonan Hyun Bin) yang berganding bahu dengan detektif polis Korea Selatan Kang Jin-tae (lakonan Yoo Hai-jin) untuk menyelesaikan misi rahsia. Daniel Henney dan Jin Seon-kyu turut sertai sebagai pelakon untuk filem akan datang ini juga. Daniel Henney membintangi sebagai ejen FBI yang mengejar organisasi jenayah Korea Utara yang terlibat dalam jenayah antarabangsa dan Jin Seon-kyu sebagai ketua organisasi Korea Utara. Tarikh tayangan tetap untuk filem ini juga masih belum disahkan.

4. Silence

silence korean film

“Silence” menggambarkan perjuangan orang ramai ketika mereka tiba-tiba didorong ke dalam persekitaran bencana yang tidak terkawal. Ia mengisahkan tentang orang yang terperangkap di atas jambatan yang hampir runtuh dalam kabus tebal, bergelut untuk bertahan ketika mereka menghadapi bahaya yang tidak dijangka. Lee Sun-kyun akan membintangi sebagai Cha Jung-won, yang terperangkap di atas jambatan bersama anak perempuannya, manakala Ju Ji-hoon memainkan watak Joe Park, seorang pemandu trak tunda yang berkeliaran di jalanan untuk mencari pekerjaan. Tarikh tayangan tetap untuk filem ini juga masih belum disahkan.

5. Hunt

hunt lee jungjae jung woosung

“Hunt” ialah lakonan bintang “Squid Game” Lee Jung-jae, dan merupakan naskhah pertama di bawah arahan beliau. Ia juga telah mendapat perhatian kerana ini adalah kali pertama dalam 22 tahun rakan karib terkenal industri Lee Jung-jae dan Jung Woo-sung bekerjasama selepas membintangi bersama dalam City of The Rising Sun (1998). “Hunt” mengikuti kisah ejen Perkhidmatan Perisikan Negara yang menghadapi penemuan hebat ketika mereka mengejar ketua perisik Korea Utara. Lee Jung-jae membintangi sebagai pemimpin veteran Pasukan Perisikan Negara 1 selama 13 tahun, serta Park Pyung-ho dan Jung Woo-sung sebagai pesaingnya, ketua Pasukan 2 Kim Jung Do. Filem ini telah selesai menjalani penggambaran pada 13 November 2021 namun, tarikh keluaran masih belum diumumkan.

6. Wonderland

wonderland korean film

“Wonderland” ialah filem alam semesta yang disimulasikan di mana orang boleh bersatu semula dengan orang tersayang di ‘dunia’ tersebut, yang mana mereka tidak dapat berinteraksi dalam dunia nyata. Watak Jung Yu-mi dan Choi Woo-shik akan mengawal semua peristiwa yang berlaku dalam realiti simulasi ini, manakala Suzy dan Park Bo-gum memainkan watak sebagai pasangan muda. Apabila watak Park Bo-gum jatuh koma, watak Suzy akan meminta untuk bertemu dengannya di ‘Wonderland’. Filem ini akan ditayangkan di Netflix namun, tarikh tayangan masih juga belum disahkan.

7. The Pirates: Goblin Flag

the pirates goblin flag

“The Pirates: Goblin Flag” adalah sekuel untuk filem “The Pirates” sebelum ini. Untuk filem sekuel kali ini, ia akan mengangkat kisah sekelompok orang yang memulakan perjalanan di laut untuk mencari harta terakhir keluarga kerajaan Goryeo yang menghilang tanpa jejak setelah kerajaan Goryeo digantikan oleh Joseon. “The Pirates: Goblin Flag” akan dibintangi oleh Han Hyo-joo sebagai seorang kapten lanun yang hebat dan pemilik kapal Hae Rang, Kang Ha-neul sebagai Woo Moo-chi, seorang ketua penyamun yang mengaku sebagai pendekar pedang terbaik di Goryeo, Lee Kwang-soo akan memainkan watak Mak-yi yang bercita-cita menjadi raja lanun, serta Se-hun EXO akan memainkan watak Han-goong, seorang pemanah yang berbakat. Filem ini akan memulakan tayangan pada 26 Januari 2022 ini.

8. Bogota: City of the Lost

bogota city of the lost

“Bogota: City of the Lost” berlatarkan bandar Bogota, Columbia, yang menceritakan kisah sekumpulan orang yang membuat perjanjian berisiko untuk terus hidup. Song Joong-ki akan memegang watak utama Guk-hee, yang mempunyai kehidupan yang sukar, dan tiba di Bogota tanpa wang pada usia 19 tahun. Akhirnya, dia membina empayarnya sendiri dan bermula dari bawah. Filem ini akan memaparkan kisah-kisah ganas di sekitar daerah perniagaan Bogota. Tarikh keluaran filem ini masih belum diumumkan.

9. Special Cargo

special cargo

“Special Cargo” ialah filem aksi jenayah tentang kejadian tidak dijangka yang berlaku apabila Eun-ha (lakonan Park So-dam), seorang pemandu dengan kadar kejayaan 100% dalam menghantar apa-apa yang bernilai wang, secara tidak sengaja menemui seorang kanak-kanak di dalam keretanya. Filem ini turut dibintangi Song Sae-byeok dan Jung Hyun-joon, serta sudah mula ditayangkan pada 12 Januari 2022.

10. Decision to Leave

decision to leave korean film

“Decision to Leave” membawa kisah tentang Hae-joon (lakonan Park Hae-il) yang bekerja sebagai detektif. Dia merupakan seorang yang sopan kepada orang lain, dan bersemangat apabila menyiasat kes. Dia memulakan siasatan kes kematian luar biasa yang berlaku di atas gunung. Semasa menyiasat kes itu, Hae-joon bertemu dengan Seo-rae (lakonan Tang Wei). Dia merupakan bekas isteri kepada arwah lelaki. Hae-joon mulai rasa curiga kepadanya, namun pada yang sama dia juga mempunyai perasaan terhadapnya. Filem ini turut dibintangi Lee Jung-hyun, Go Kyung-pyo dan Park Yong-woo. Tarikh tayangan untuk filem ini juga masih belum disahkan.

11. The Policeman’s Lineage

the policeman's lineage

Filem ini membawa kisah jenayah tentang dua orang polis yang sangat berbeza semasa mengendalikan kes besar yang menggoncang organisasi polis. Min-jae (lakonan Choi Woo-shik) telah diarah untuk menyiasat Kang-yoon (lakonan Jo Jin-woong), iaitu ketua pasukan penyiasat secara rahsia. Min-jae percaya anggota polis mesti mematuhi undang-undang, manakala Kang-yoon mempunyai kepercayaan yang sebaliknya. Adakah Min-jae dapat menyelesaikan misi peribadinya dan menangkap Kang-yoon, seorang yang dia percaya dan kagumi? Filem ini sudah mula ditayangkan pada 5 Januari lepas, dan kini telah mengumpul kutipan kasar sebanyak $4.36 juta.

12. Alien

alien korean film

“Alien” menceritakan kisah luar biasa yang berpusat di portal masa yang muncul antara Era Goryeo apabila pendekar pedang cuba mencari dan memiliki pedang misteri yang dikhabarkan, dan tahun 2021 masa kini apabila makhluk asing wujud di Bumi. “Alien” ialah filem dua bahagian yang menggabungkan pertemuan kehidupan asing dengan kehidupan manusia serta gabungan zaman Goryeo dengan masa kini. Filem ini dibintangi oleh bintang hebat Kim Wo-bin, Ryu Jun-yeol, Kim Tae-ri, So Ji-sub, Lee Hanee dan ramai lagi. Penggambaran filem ini telah bermula pada 29 Mac 2020, dan berakhir pada 19 April 2021, namun, tarikh tayangan masih belum disahkan.

13. High Five

high five korean film

Kang Hyung-chul, yang diiktiraf untuk filem bawah terbitannya Sunny (2011) dan Swing Kids (2018), kali ini akan mempersembahkan naratif kuasa besar yang luar biasa dengan “High Five”. Yoo Ah-in akan membawa watak sebagai Gi-dong iaitu seorang sebagai bujang penganggur, Lee Jae-in sebagai pencinta taekwondo iaitu Wan-seo, Ahn Jae-hong sebagai calon penulis, Ji-sung, Ra Mi-ran sebagai pengurus yakult Sun-nyeo, dan Kim Hee-won sebagai pengurus kilang, Yak-sun. “High Five” mengisahkan tentang lima orang yang secara tidak dijangka mempunyai kuasa besar selepas menerima pemindahan organ dan terpaksa melawan orang yang inginkan kuasa mereka. Filem ini telah selesai menjalani penggambaran namun, tarikh keluaran masih belum disahkan.

14. King Maker

king maker korean film

“King Maker” mengisahkan tentang seorang ahli politik yang bermimpi untuk mengubah dunia dengan ahli strategi kempen pilihan raya yang cemerlang. Kim Woon-bum (lakonan Sol Kyung-gu) ialah seorang ahli politik untuk parti pembangkang. Dia bercita-cita menjadi presiden negara. Seo Chang-dae (lakonan Lee Sun-kyun) adalah ahli strategi yang sangat baik. Dia menyertai kakitangan kempen pilihan raya Kim Woon-bum dan dia terus memenangi pilihan raya berturut-turut. Akhirnya, Kim Woon-bum dipilih sebagai calon presiden bagi parti pembangkang. Semasa pilihan raya presiden yang sengit, satu letupan berlaku di rumah Kim Woon-bum dan Seo Chang-dae disyaki sebagai pelakunya. Filem ini bakal menemui penonton pada 26 Januari 2022 ini.

15. Ghost

GHOST KOREAN FILM

“Ghost” ialah filem pengintip dengan plot yang menarik, untuk mengenal pasti pengintip yang menyusup masuk ke dalam kerajaan penjajah Jepun. Filem ini akan berlatarkan Gyeongsung pada tahun 1993 dan mengisahkan tentang lima suspek, yang disyaki sebagai pengintip organisasi penentangan Jepun yang digelar ‘ghost’, yang terperangkap di sebuah hotel terpencil. Filem ini menggambarkan perjuangan mereka untuk mengatasi syak wasangka dan keraguan antara satu sama lain untuk melarikan diri dengan selamat. Sul Kyung-gu, Lee Hanee, Park So-dam, Kim Dong-hee, dan Seo Hyun-woo akan membawa watak sebagai lima suspek manakala Park Hae-soo memegang watak ketua ejen keselamatan yang mengetuai siasatan ke atas identiti perisik itu. Tarikh tayangan untuk filem ini juga masih belum diumumkan.

16. Life is Beautiful

life is beautiful korean film

“Life is Beautiful” ialah filem jalanan muzikal Korea Selatan, diarahkan oleh Choi Gook-hee dan dibintangi oleh Yum Jung-ah, Ryu Seung-ryong, Park Se-wan dan Ong Seong-wu. Filem ini mengisahkan tentang Oh Se-yeon (lakonan Yum Jung-ah) yang mengetahui dia sakit tenat. Seolah-olah cuba menyelesaikan teka-teki dalam hidupnya, dia membuat permintaan aneh kepada suaminya, untuk membantunya mencari cinta pertamanya. Walaupun pada mulanya berat hati, Jin-bong (lakonan Ryu Seung-ryong) akhirnya merelakan hasrat terakhir isterinya yang tidak masuk akal. Sepanjang perjalanan mereka, Se-yeon dan Jin-bong teringatkan detik-detik paling indah dan bergemerlapan dalam hidup mereka. Filem ini telah dijadualkan untuk ditayangkan pada Disember 2020 namun, ianya telah ditangguh dan telah diumumkan bakal menemui penonton pada tahun ini.

17. The Roundup

the roundup korean film

“The Roundup”, sekuel kepada filem aksi jenayah 2017, “The Outlaws”, telah dijadualkan untuk ditayangkan pada separuh pertama tahun 2022. Ma Dong-seok, juga dikenali sebagai Don Lee di A.S., akan muncul dengan peranan ikoniknya sebagai Ma Seok-do, yang menuju ke negara asing untuk mengekstradisi suspek. Bagaimanapun, dia menemui kes pembunuhan tambahan dan mengetahui tentang seorang pembunuh yang telah melakukan jenayah terhadap pelancong selama bertahun-tahun. Son Suk-ku akan sertai untuk sekuel kali ini sebagai penjahat. “The Outlaws” sebelum ini telah menarik lebih 6.9 juta penonton.

18. Blue Birthday

blue birthday movie

“Blue Birthday” sebelum ini pernah disiarkan dalam bentuk drama 16 episod melalui Naver TV dan YouTube, dan kini akan ditayangkan dalam bentuk filem yang berdurasi selama 137 minit, serta akan ada penambahan adegan yang tidak pernah dilihat dalam drama yang dikeluarkan sebelum ini. “Blue Birthday” mengisahkan tentang seorang gadis bernama Ha-rin, yang menyaksikan kematian cinta pertamanya pada hari lahirnya yang ke-18. 10 tahun kemudian, Ha-rin diberi peluang untuk kembali ke masa lepas. Dia memutuskan untuk mencuba segala yang dia boleh untuk mengelakkan kematian sahabat dan cinta pertamanya, Seo-joon. Ye-ri RED VELVET memegang watak utama wanita Ha-rin, manakala Hong-seok PENTAGON memainkan watak Seo-joon. Filem ini akan mula ditayangkan pada 19 Januari 2022.

19. The Point Men

the point men korean film

“The Point Men”, yang menampilkan pelakon Hwang Jung-min dan Hyun Bin, adalah kisah berdasarkan peristiwa sebenar di Afghanistan yang berlaku pada tahun 2007, apabila 23 mubaligh Korea Selatan ditangkap dan dijadikan tebusan. Penggambaran filem krisis tebusan ini telah dilakukan sebahagiannya di Jordan, namun telah ditangguhkan kerana penyebaran Covid-19. Ia dijangka bakal ditayangkan di pawagam pada separuh kedua 2022.

20. Love and Leashes

love and leashes netflix

Filem yang dibintangi Lee Joon-young dan Seo-hyun SNSD ini, membawa kisah tentang seorang wanita yang terperangkap dalam hubungan yang luar biasa dengan rakan sekerjanya selepas secara tidak sengaja mengetahui tentang keutamaan luar biasanya. “Love and Leashes” adalah filem berdasarkan webtoon popular “Moral Sense”. Filem ini  bakal temui penonton di Netflix pada bulan Februari tahun ini.

21. Honest Candidate 2

HONEST CANDIDATE 2

“Honest Candidate 2” ialah sekuel untuk filem hit komedi “Honest Candidate”. Ra Mi-ran akan kembali memegang watak Joo Sang-sook, seorang ahli Dewan Negara yang mendapati dirinya tidak dapat berbohong sejurus sebelum pusingan pilihan raya baharu. Yoon Kyung-ho, juga akan kembali untuk sekuel kali ini dan memegang watak sebagai suami Joo Sang-sook yang tidak matang. Filem ini turut dibintangi Seo Hyun-woo, Park Jin-joo dan Yoon Doo-joon. Tarikh tayangan tetap untuk filem ini juga masih belum diumumkan.

Banyaknya filem menarik yang bakal ditayangkan tahun ini. Filem mana yang korang paling tak sabar nak tonton?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...