Perhatian! 8 K-Drama Baru Bakal Ditayangkan Disember Ini

k-drama disember

Masuk bulan baru, bermakna banyak lagi K-Drama hebat yang akan menyapa anda!

Cheat On Me If You Can

KBS | 2 Disember

kbs cheat on me if you can

Drama komedi dan misteri thriller ini mengisahkan orang dewasa yang melakukan kesalahan walaupun berasa bersalah. Jo Yeo-jeong akan membawa watak novelis thriller jenayah popular yang sentiasa memikirkan cara untuk membunuh orang. Go Joon pula menggalas watak sebagai suami wanita itu iaitu Han Woo-sung, seorang peguam penceraian yang telah menulis perjanjian dengan isterinya yang berbunyi, “Jikalau awak curang, awak mati.”

City Couple’s Way Of Love

KakaoTV | 8 Disember

city couple's way of love

Drama menceritakan kisah cinta di dalam bandar urban yang kompleks. Ji Chang-wook akan membawa watak Park Jae-won iaitu seorang arkitek yang ghairah dan jujur. Dia suka berjalan di lorong kecil dalam bandar dan mengumpul pelbagai benda. Lelaki itu juga tidak pernah melupakan wanita yang mencuri hatinya dan kemudiannya menghilangkan diri.

True Beauty

tvN | 9 Disember

tvn true beauty

Drama yang diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, membawa kisah Im Joo-kyung (Moon Ga-young) yang berasa sangat tidak yakin dengan penampilannya lantas menggunakan bantuan solekan untuk kelihatan cantik di mata dunia. Dia kemudiannya berjumpa dengan Lee Su-ho (Cha Eun-woo) iaitu seorang lelaki yang menyimpan luka jauh di lubuk hatinya. Bersama, mereka mengubah diri dan berkembang dengan berkongsi rahsia antara satu sama lain.

Hush

11 Disember

jtbc hush

Han Joo-hyeok (Hwang Jung-min) ialah seorang wartawan veteran bagi sebuah surat khabar. Walaupun pada awalnya memilih karier itu bagi menegakkan keadilan, namun kini dia tersepit di antara konflik idealistik dan pragmatisme. Malah dia terpaksa melalui pelbagai isu sebagai seorang suami dan ayah.

Mr. Queen

tvN | 12 Disember

mr queen

Naskhah ini ialah sebuah drama bersejarah fusion di mana ia menceritakan kisah seorang lelaki daripada dunia moden terperangkap dalam badan seorang permaisuri di Dinasti Joseon.

Run-On

JTBC | 16 Disember

jtbc run on

Ki Sun-gyeom (Im Si-wan) yang merupakan pelari pecut pasukan kebangsaan yang hebat suatu ketika dahulu kini hanya menjadi ejen sukan selepas satu insiden yang menyebabkan dia melepaskan cita-cita itu. Manakala, Oh Mi-joo pula ialah seorang penulis sari kata untuk filem yang hebat dalam bahasa Perancis. Tanpa sengaja kedua mereka bertemu dan mula merasakan bahawa keduanya ditakdirkan untuk bersama.

Sweet Home

Netflix | 18 Disember

sweet home

Drama yang diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama ini menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekoleh menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat baru dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

Secret Royal Inspector

KBS | 21 Disember

kbs secret royal inspector

Sung Yi-kyum (Kim Myung-soo) merupakan seseorang yang hidup untuk waktu ini sahaja dan tiada cita-cita untuk masa depannya. Dia yang mendapat tempat pertama ketika peperiksaan perkhidmatan awam telah ditangkap berjudi dan dihukum bertugas sebagai inspektor rahsia diraja. Drama ini mengikuti pengembaraannya dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang berbangkit dalam masyarakat Joseon.

Selamat menonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply