Ikuti Kami:

Perhatian! 6 K-Drama Baru Ini Bakal Temui Penonton September Nanti

Perhatian! 6 K-Drama Baru Ini Bakal Temui Penonton September Nanti

Masuk bulan baru, bermakna banyaklah lagi K-Drama baru dengan pelbagai genre bakal menemui kesemua penonton.

Jom saksikan senarai drama Korea baru yang akan ditayangkan September nanti!

1. Lies Of Lies

Channel A | 4 September

channel a lies of lies

Ji Eun-soo (Lee Yu-ri) ialah menantu kepada sebuah keluarga kaya yang berpengaruh. Tanpa disangka, hidupnya berubah kelam selepas dituduh sebagai dalang kepada kematian suaminya. Selepas keluar daripada penjara, wanita tersebut berusaha sedaya upaya supaya dapat mengambil kembali anak perempuannya. Menggunakan peluang yang ada, dia mendekati Kang Ji-min (Yeon Jeong-hun) yang menjaga anaknya kini sebagai anak angkat. Meskipun lelaki itu dingin dan beku, Ji Eun-soo berpura-pura mencintai Kang Ji-min dengan harapan untuk menjadi isterinya sekaligus ibu tiri kepada anaknya sendiri.

2. Record Of Youth 

tvN & Netflix | 7 September

tvn record of youth

“Record Of Youth” membawa kisah Sa Hye-joon (Park Bo-gum) yang menanam impian untuk menjadi model dan pelakon manakala Ahn Jung-ha (Park So-dam) pula mahu menjadi seorang artis solekan dan menolak ketepi rasa tidak yakin diri yang sudah lama bersarang dalam dirinya. Won Hae-hyo (Byun Woo-seok) pula merupakan rakan baik kepada Hye-joon dan sangat berharap agar orang menerimanya sebagai pelakon dan model yang berbakat dan bukannya kerana apa yang dimilikinya sejak lahir.

3. Private Life

JTBC | 16 September

jtbc private life

Para penipu di seluruh pelosok Korea terjumpa dengan ‘kehidupan peribadi’ negara dan memulakan misi untuk membongkarnya. Walaubagaimanapun, pengembaraan itu ternyata sukar kerana mereka perlu menggunakan semua kemahiran yang ada untuk berhadapan dengan syarikat korporat besar. Lee Jung-hwan (Go Kyung-pyo) meskipun nampak seperti seorang kakitangan biasa tapi sebenarnya seorang yang dipenuhi misteri. Manakala Cha Joo-eun (Seo-hyun) pula ialah seorang penipu yang memiliki rupa paras yang cantik dan naif selain turut mencari rezeki dengan kehebatannya menipu.

4. 18 Again

JTBC | 21 September

jtbc 18 again

Membawa kisah seorang suami yang di ambang penceraian namun secara tiba-tiba kembali dalam tubuhnya ketika berusia 18 tahun. Kerana kembali ke wajah lamanya, si suami iaitu Hong Dae-young (Yoon Sang-hyun) mengubah nama kepada Go Woo-young (Lee Do-hyun) begi meneruskan hidupnya. Manakala si isteri (Jung Da-jung) memulakan kehidupannya sedikit lewat sebagai pembaca berita selepas membesarkan anak kembar mereka yang sudah pun berusia 18 tahun.

5. More Than Friends

JTBC | 25 September

jtbc more than friends

Disebabkan satu salah faham, Lee Soo (Ong Seong-woo) dan Kyung Woo-yeon (Shin Ye-eun) memendam rasa suka antara satu sama lain selama 10 tahun lamanya. Lelaki itu merupakan seorang jurugambar dan mempunyai rupa yang tampan manakala wanita tersebut pula adalah penulis kaligrafi. Ikuti kisah cinta tidak berbalas sejak kedua mereka berusia 18 tahun lagi.

6. The School Nurse Files

Netflix | 25 September

Diadaptasi daripada novel popular bertajuk ‘School Nurse Ahn Eun-young’, drama ini mengisahkan seorang jururawat sekolah bernama Ahn Eun-young (Jung Yoo-mi) yang mempunyai kebolehan luar biasa untuk melihat raksasa di sekitarnya, tetapi dalam bentuk jeli. Dengan kelebihan ini, Eun-young cuba untuk menyelesaikan segala misteri yang menyelubungi sekolah tersebut dengan bantuan seorang guru kesusasteraan Cina baru iaitu Hong In-pyo (Nam Joo-hyuk). Bahkan lelaki ini juga mempunyai kemampuan asing bagi membantu mereka sama-sama membanteras pelbagai masalah ini.

Tapi diingatkan bahawa mungkin akan ada perubahan tarikh tayangan untuk kesemua drama ini dek pihak produksi drama yang terpaksa menghentikan penggambaran dek kes COVID-19 yang kian meruncing di Korea.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...