Lagi 6 hari je nak keluar tentera, Mino WINNER dikatakan sering ‘curi tulang’ ketika sedang berkhidmat?
Awal pagi ini, Dispatch melaporkan bahawa Song Mino yang sepatutnya berkhidmat sebagai pekerja perkhidmatan di Kemudahan Khidmat Masyarakat Mapo, tidak datang dan melakukan kerjanya.
Menurut laporan, lelaki itu hanya akan muncul untuk mendaftar kehadirannya, pergi merokok dan kemudian menghilang. Malahan, antara November hingga awal Disember, mereka tidak pernah melihat Song Mino ketika melawat lokasi tersebut lebih daripada sepuluh kali.
Mengenai ini, YG Entertainment memberi respon,
Sukar untuk memberikan butiran mengenai perkhidmatannya. Namun, dia menggunakan cuti sakit sebagai lanjutan dari rawatan yang diterimanya dan semua cuti lain, termasuk hari cuti, digunakan mengikut peraturan.
Sementara itu, Song Mino bakal menamatkan perkhidmatan tenteranya pada 23 Disember ini.
Alamak..