Ikuti Kami:

“Pergi Double Date Ke Tu” – Netizen Perasan ‘Teman Wanita’ Park Seojoon & V Sahabat Baik?

“Pergi Double Date Ke Tu” – Netizen Perasan ‘Teman Wanita’ Park Seojoon & V Sahabat Baik?

Makin hari makin ramai selebriti yang terlibat dengan gosip percintaan kini.

Baru-baru ini, terdapat khabar angin bahawa Park Seo-joon sedang bercinta dengan seorang penyanyi dan YouTuber Xooos. Setelah gosip itu tersebar, agensi memberitahu bahawa mereka tidak boleh memberitahu apa-apa kerana ia adalah hal peribadi artis.

Sebelum ini, rakan rapat pelakon itu iaitu V BTS turut terlibat dengan gosip percintaan bersama dengan Jennie BLACKPINK.

Terbaru, satu entri telah menarik perhatian ramai apabila netizen mendapati bahawa Xooos juga berkawan dengan Jennie, selepas Xooos memuat naik gambarnya bersama ahli BLACKPINK itu di Instagram.

Dengan ini, netizen menebak bahawa ‘teman wanita’ Park Seo-joon dan V juga adalah sahabat baik. Antara komen yang ditulis,

Xooos dan Jennie tiba-tiba menjadi rapat dan saya rasa itu kerana mereka adalah teman wanita Wooga Squad.

 

Saya rasa mereka mungkin pergi double date.

 

Saya fikir ia adalah wajar untuk mereka semua bergaul antara satu sama lain. Mereka semua adalah selebriti.

Wuuu..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...