Ikuti Kami:

Pergi Bercuti Ke Filipina Bersama, Lee Joon Perjelas Khabar Angin Percintaan Dengan Sandara

Pergi Bercuti Ke Filipina Bersama, Lee Joon Perjelas Khabar Angin Percintaan Dengan Sandara

Tidak semena-mena, Dara 2NE1 terpalit dengan khabar angin percintaan bersama Lee Joon.

Baru-baru ini, Lee Joon didakwa sedang bercinta dengan Dara kerana dia turut mengikuti percutian wanita itu bersama dengan abangnya iaitu Thunder dan isterinya, Mimi ke Filipina.

Mengenai ini, Lee Joon menjelaskan dalam rancangan Dara ‘Dara Tour’ di YouTube,

Dua hari lalu, Thunder dan Mimi datang untuk memberikan saya jemputan perkahwinan mereka. Jadi saya tanya ‘Bila kita boleh lepak?’ dan Thunder berkata ‘Saya akan pergi ke Filipina dalam masa 2 hari dan menyertai ‘Dara Tour”.

dara lee joon

Sambung bekas ahli MBLAQ itu lagi,

Jadi saya kata ‘Macam seronok je, saya harap saya boleh ikut sekali’. Kemudian dia tanya ‘Nak ikut sekali tak?’, saya bertanya jika benar saya boleh ikut dan akhirnya rancangan itu diteruskan.

Kemudian, Dara dan Lee Joon akui bahawa ianya lucu untuk mereka terpalit dengan khabar angin dating hanya kerana mereka pergi ke Filipina bersama-sama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...