Ikuti Kami:

Pereka Dalaman & Juga Pembunuh ‘Sociopath’, Kim Soohyun Terima Tawaran Terajui Siri Asal Netflix ‘Finger’

Pereka Dalaman & Juga Pembunuh ‘Sociopath’, Kim Soohyun Terima Tawaran Terajui Siri Asal Netflix ‘Finger’

Nampak gayanya Kim Soo-hyun bakal kembali dengan drama baru tak lama lagi selepas berjaya mencipta nama menerusi drama popular “It’s Okay To Not Be Okay”.

Dihasilkan di bawah Netflix, drama “Finger” digambarkan sebagai versi Korea bagi drama “American Psycho”. Meskipun ia menampilkan watak utama penggaya dalaman dan seni bina yang sempurna namun ia membawa genre saspens tentang dia yang merupakan pembunuh ‘sociopath’ dan tidak mempunyai sekelumit pun perasaan.

Dengan mebawa watak ini, ia merupakan satu cabaran baru buat Kim Soo-hyun dalam karier lakonannya. Bukan senang nak bawa watak pembunuh ‘sociopath’ kan? Jadi ramai yang dah teruja apabila mendengar lelaki itu bakal membawa watak yang berat ini.

kim soohyun

Selepas mendengarkan berita ini, agensi Kim Soo-hyun menyatakan bahawa “Finger” merupakan salah satu tawaran lakonan yang diterima pelakon itu dan dia kini sedang menelitinya.

Harap berita ini menjadi kenyataan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...