Ikuti Kami:

Perbalahan Berlaku Antara CEO, Persoalan Kenapa GFRIEND Dibubarkan Akhirnya Terjawab

Perbalahan Berlaku Antara CEO, Persoalan Kenapa GFRIEND Dibubarkan Akhirnya Terjawab

Peminat pasti tahu tentang perbalahan yang sedang berlaku antara HYBE dan CEO ADOR kini iaitu Min Hee-jin.

Di tengah-tengah kontroversi yang sedang berlaku kini, peminat akhirnya dapat tahu sebab sebenar GFRIEND yang bernaung bawah Source Music dibubarkan pada 2021 yang lalu.

Pada tahun 2021, Min Hee-jin telah bergabung dengan Bang Si-hyuk untuk mencipta satu kumpulan gadis baru di bawah syarikat baru, kerjasama dengan SOURCE MUSIC. Semua uji bakat, pelatih dan kos telah pun dicaj di bawah agensi itu.

Bagaimanapun, selepas sesi pemilihan ahli selesai, Min Hee-jin membawa semua pelatih untuk mencipta NewJeans dan memulakan latihan di bawah ADOR. Selepas ADOR ditubuhkan, beberapa kakitangan telah dipindahkan ke syarikat baru dan semua kos harus dibahagikan dengan SOURCE MUSIC.

newjeans ador

Pada masa yang sama, kumpulan yang sepatutnya debut di bawah SOURCE MUSIC telah dibubarkan dan dengan hutang mereka yang bertambah, kontrak GFRIEND juga tidak boleh diperbaharui.

Menurut laporan dari pelbagai sumber, ramai yang membuat spekulasi bahawa Min Hee-jin adalah punca di sebalik pembubaran GFRIEND dan meluahkan kemarahan mereka.

GFRIEND la mangsa ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instiz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...