Ikuti Kami:

Perayaan Halloween Jadi Tragedi Di Itaewon, Tonton Dokumentari ‘Crush’ Tayang Oktober Ini

Perayaan Halloween Jadi Tragedi Di Itaewon, Tonton Dokumentari ‘Crush’ Tayang Oktober Ini

Pasti ramai yang tidak dapat melupakan tragedi Itaewon yang telah mengambil nyawa ramai orang pada Oktober 2022 yang lalu.

Terbaru, laman penstriman Paramount+ telah mengumumkan dokumentasi dua bahagian, yang akan menjelaskan kronologi tragedi Itaewon di Korea, yang meragut nyawa berpuluh-puluh orang muda.

Bertajuk “Crush”, dokumentari ini akan menceritakan tentang apa yang berlaku pada malam perayaan Halloween yang bertukar menjadi mimpi ngeri.

Selain itu, ia juga akan mengikuti keluarga mangsa yang menuntut siasatan menyeluruh terhadap kejadian malam tersebut dan tindak balas kerajaan selepas itu.

paramount+ crush

Sementara itu, pembikinan dokumentari ini akan dibantu oleh saksi kejadian iaitu seorang pelajar A.S. yang tinggal di Korea, dua askar A.S. yang tidak bertugas, seorang eksekutif fesyen dan seorang ilustrator Korea yang terselamat namun lumpuh di sebahagian badannya.

Nantikan “Crush” bakal ditayangkan pada 17 Oktober ini di Paramount+.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...