Ikuti Kami:

“Penyakit Hati..” – Ibu Kaya Mahu Pengaruh Besar, Episod Awal ‘Battle For Happiness’ Raih Rating 0%

“Penyakit Hati..” – Ibu Kaya Mahu Pengaruh Besar, Episod Awal ‘Battle For Happiness’ Raih Rating 0%

Kemabli lagi kita dengan K-Drama yang menekankan pergelutan kuasa antara ibu-ibu kaya yang obses terhadap kejayaan anak-anak mereka!

“Battle For Happiness” ialah drama bergenre thriller suspen yang mengikuti kisah ibu berdaya saing, cuba menjatuhkan satu sama lain dalam pertempuran media sosial untuk membebaskan diri mereka daripada penindasan dan juga ingin mencapai kebahagiaan.

Drama ini nyata menjadi bualan ramai memandangkan ia menampilkan ramai pelakon wanita hebat seperti Lee El, Cha Ye-ryun, Jin Seo-yeon, Park Hyo-joo, Woo Jung-woon dan ramai lagi.

Untuk episod awal ini, penonton dapat melihat sifat kompetitif ibu-ibu ini bagi memastikan anak mereka berada di tangga teratas di Tadika Bahasa Inggeris Heritage sehingga sanggup melakukan pelbagai cara untuk mengkhianati satu sama lain termasuklah meminta anak menipu mengenai alergi kacang dan sebagainya.

battle for happiness

Malah mereka berlumba-lumba bagi mendapatkan pengiktirafan dari orang ramai menerusi media sosial. Namun episod kedua bertukar misteri apabila Oh Yu-jin (Park Hyo-joo) mati dengan pekungnya terbuka luas buat tatapan semua.

Untuk episod awal ini, “Battle For Happiness” terpaksa berpuas hati dengan rating sebanyak 0.7% sahaja untuk episod pertama dan 0.9% bagi episod seterusnya. Meskipun rendah namun siri ENA ini mungkin dapat meraih catatan yang lebih baik sekiranya mengekalkan plot yang mendebarkan ini pada episod akan datang.

Okay tak korang drama ini?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...