Ikuti Kami:

Penulis Lirik, Kim Eana Sertai Persiapan V BTS Untuk Album Solonya

Penulis Lirik, Kim Eana Sertai Persiapan V BTS Untuk Album Solonya

V BTS baru-baru ini dikhabarkan sedang membuat persiapan untuk keluaran album solo pertamanya bersama penulis lirik terkenal, Kim Eana.

Dalam pada itu, umum pasti mengetahui bahawa BTS mengumumkan rancangan mereka untuk berehat sementara daripada aktiviti berkumpulan bagi memberi tumpuan kepada kerjaya individu. Bermula dari J-Hope yang dikhabarkan merancang untuk mengeluarkan album solonya, sejurus itu setiap ahli lain juga bakal mempunyai rancangan sendiri.

kim eanaSemasa penampilan sebagai tetamu dalam rancangan bual bicara, “Radio Star”, penulis lirik terkenal Kim Eana berkongsi bahawa dia kini sedang bekerjasama dengan V BTS untuk album solonya yang akan datang. Dia berkata,

V BTS meminta untuk bekerja dengan saya melalui Park Hyo-shin. Sebelum itu, Park Hyo-shin bertanya kepada saya, “Bolehkah awak memberi nombor telefon kepada Taehyung?”

Saya tertanya-tanya sama ada dia maksudkan V BTS dan perlu mengesahkan lagi. Saya terkejut dan tidak faham kenapa V mahu menghubungi saya. Kemudian saya mendapat tahu bahawa dia sedang bersiap sedia untuk album sulung solonya dan saya juga menerima beberapa demo lagu baharunya.

v btsKim Eana seterusnya mendedahkan bahawa V sangat serius ketika bekerja dan sangat meminati muzik,

Setiap kali V dan Park Hyo-shin bertemu, mereka hanya bercakap tentang muzik. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Kim Eana ialah penulis lirik K-pop terkenal yang pernah sebelum ini pernah bekerja dengan IU, Tae-yeon, VIXX, Brown Eyed Girls, Park Hyo-shin. Kerjasamanya dengan V BTS meningkatkan lebih banyak jangkaan untuk album sulung solonya.

Kalau gabungan Kim Eana dan V BTS dalam penulisan lirik ini, mesti lagunya menarik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...