Ikuti Kami:

Penulis Dedah Sekuel ‘Strong Woman Do Bongsoon’ Sedang Dalam Persediaan?

Penulis Dedah Sekuel ‘Strong Woman Do Bongsoon’ Sedang Dalam Persediaan?

Siapa yang sampai ke hari ini, masih lagi teringat-ingat drama comel “Strong Woman Do Bong-soon” yang dilakonkan oleh Park Hyung-sik dan Park Bo-young? Khabarnya ia akan ada musim kedua nanti, seriuslah?!

Dalam sebuah temu bual baru-baru ini, penulis Baek Mi-kyung telah menceritakan proses penulisan drama “Mine” yang baru sahaja menamatkan tayangan baru-baru ini. Dalam sesi berkenaan, dia turut berkongsi bahawa skrip untuk sekuel “Strong Woman Do Bong-soon” sedang ditulis kini bertajuk “Strong Woman Gang Nam-soon”.

Meskipun tidak bercerita dengan terlalu mendalam mengenai perancangan itu, namun peminat drama tersebut ternyata melompat gembira apabila mendengarnya.

jtbc strong woman do bongsoon

Sekadar pengetahuan, drama ini membawa kisah Bong-soon (Park Bo-young) yang dilahirkan dengan kekuatan luar biasa dan mengimpikan untuk mencipta watak permainan berdasarkan dirinya sendiri nanti. Seperti bulan jatuh ke riba, dia diambil bekerja sebagai pengawal peribadi oleh CEO syarikat permainan iaitu Min-hyuk (Park Hyung-sik) dan semakin hampir untuk merealisasikan impian itu. Namun mereka mula dibelit sekali dalam kes jenayah yang berlaku di kejiranan Bong-soon di mana dalam masa yang sama menguatkan lagi hubungan di antara mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...