Ikuti Kami:

“Penulis Dah..” – Rating Tinggi, Pengarah Jawab Jika ‘Connection’ Akan Kembali Dengan Musim Ke-2

“Penulis Dah..” – Rating Tinggi, Pengarah Jawab Jika ‘Connection’ Akan Kembali Dengan Musim Ke-2

Selepas 14 episod, drama “Connection” telah pun melabuhkan tirainya.

Bukti popular dan diminati ramai, episod akhir drama itu telah berjaya meraih rating tertinggi sepanjang tayangan dan menduduki tempat pertama dalam slot waktunya dengan rating purata keseluruhan mencecah 14.2%.

Dalam satu temu bual, pengarah menjawab sekiranya “Connection” akan kembali menemui penonton dengan musim kedua. Jawabnya jujur,

Saya ada bergurau dengan pelakon dan kakitangan produksi tentang musim 2 beberapa kali, tetapi saya fikir kita harus menamatkan cerita ini di sini.

ji sung jeon mido

Sambung pengarah Kim Moon-kyo lagi,

Sukar untuk saya melepaskan semua pelakon ini tetapi kerana penulis dah membunuh terlalu ramai watak, susah nampaknya untuk ‘Connection’ mempunyai musim kedua. Kami mengucapkan selamat tinggal untuk ‘Connection’ dan semoga dapat jumpa lagi dalam projek yang lain.

Alaaa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...