Ikuti Kami:

Penuhi Slot Tayangan Dari Isnin Ke Ahad, K-Drama Genre Romantik Mana Pilihan Penonton Kini?

Penuhi Slot Tayangan Dari Isnin Ke Ahad, K-Drama Genre Romantik Mana Pilihan Penonton Kini?

Nampaknya walaupun drama Korea sudah meneroka pelbagai genre unik lain namun sepertinya industri drama masih lagi tidak melepaskan diri daripada menghasilkan naskhah bertemakan romantik. Bahkan kalau anda nak tahu daripada Isnin sehingga ke Ahad, penonton masih lagi disajikan dengan pelbagai drama cinta kini!

To All The Guys That Loved Me

Isnin-Selasa | KBS

to all the guys who loved me romantik

‘Ratu komedi romantik’ iaitu Hwang Jung-eum kembali menghiasi kaca televisyen dengan lakonan hebatnya. Membawa kisah Son Hyun-joo yang merupakan seorang pengurus yang berjaya bagi satu syarikat webtoon dan berjanji tidak akan berkahwin untuk selamanya. Walaubagaimanapun perkenalan dengan seorang CEO syarikat farmaseutikal dan penulis webtoon muda mula membolak-balikkan hidup wanita ini.

Into The Ring

Rabu-Khamis | KBS

episod pertama into the ring

Drama komedi romantik ini menceritakan kisah Koo Se-ra (Nana) yang ‘gila-gila’ mula melibatkan diri dalam kancah politik di daerahnya dengan bantuan seorang rakan sekerja yang berhati dingin iaitu Seo Gong-myung (Park Sung-hoon). Setelah bekerja bersama, perasaan cinta mula terbit di antara mereka berdua.

Was It Love?

Rabu-Khamis | JTBC & Netflix

was it love? romantik

Rupanya Song Ji-hyo hebat dalam melakonkan watak seorang ibu tunggal yang gigih dalam mengejar cita-citanya! Naskhah komedi romantik ini menceritakan kisah No Ae-jung (Song Ji-hyo), seorang produser filem yang sudah hidup berseorangan selama 14 tahun lamanya. Walaupun dah tolak ketepi soal pasangan, dia tiba-tiba diheret masuk dalam lembaran kisah cinta yang baru apabila 4 lelaki daripada kisah lampaunya hadir semula dalam hidupnya dalam masa yang sama.

Backstreet Rookie

Jumaat-Sabtu | SBS

backstreet rookie romantik

Siapa sangka pengurus kedai serbaneka yang kalut iaitu Choi Dae-hyun (Ji Chang-wook) dan pekerja separuh masa yang banyak akal iaitu Jung Saet-byul (Kim Yoo-jung) bakal menyajikan pelbagai babak kelakar yang menghiburkan. Walaupun bermula sebagai rakan sekerja, namun perasaan cinta mula terbit di antara mereka dengan latar belakang yang biasa itu.

It’s Okay To Not Be Okay

Sabtu-Ahad | tvN & Netflix

it's okay to not be okay romantik

Kisah romantik dengan elemen psikologi berat ini menceritakan nasib seorang lelaki iaitu Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) yang tidak mampu mencintai sesiapa kerana bebanan hidup. Namun pengenalan dengan Go Mun-yeong (Seo Ye-ji), seorang penulis buku cerita kanak-kanak yang mempunyai masalah anti-sosial merubah segalanya.

Melihatkan kandungan romantik yang masih lagi menjadi pertaruhan kebanyakan stesen penyiaran, seorang wakil daripada bdang tersebut memberikan penjelasan mengenainya.

Disebabkan oleh slot tayangan drama bermula pada 9 malam adalah sama bagi kebanyakan stesen penyiaran, jadi ia merupakan persaingan yang sudah lama berlaku.

Apa yang penting ialah persaingan dalam aspek kandungan. Bagi naskhah romantik, setiap watak perlu mempunyai persona yang menarik dan keserasian yang baik di antara watak utama. Bahkan hubungan romantik di antara watak utama yang bakal dikupas pada masa akan datang juga sangat penting untuk memastikan penonton kekal menjiwai sesuatu drama itu.

Daripada drama yang tersenarai ini, “Backstreet Rookie” mempunyai rekod rating yang paling tinggi, namun bagitu ramai peminat di serata media sosial turut tidak berhenti menyebut tentang keseronokan drama seperti “It’s Okay To Not Be Okay” dan “Was It Love?”. Yang mana jadi pilhan anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...