“Lovely Runner” sememangnya merupakan antara K-Drama paling popular pada tahun ini!
Terbaru, Netflix mengumumkan bahawa “Lovely Runner” akan mula ditayangkan di laman penstriman itu bermula pada 1 Ogos nanti.
Diterajui Byeon Woo-seok dan Kim Hye-yoon, drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Im Sol yang kembali ke masa silam untuk menyelamatkan Ryu Sun-jae, seorang penyanyi idola yang ingin mengambil nyawanya sendiri.
some lovely monday news:#LovelyRunner is coming to Netflix on August 1#KimHyeyoon #ByeonWooseok pic.twitter.com/uWPUd1I0mP
— Netflix K-Content (@netflixkcontent) July 15, 2024
Ketika ia disiarkan menerusi laman Viki sebelum ini, “Lovely Runner” telah berjaya menduduki tempat pertama dalam tontonan di 133 wilayah seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan banyak lagi.
Yass ni petanda kena tengok lagi sekali ni!