Ikuti Kami:

Penuh Sengketa, Episod Awal ‘Sponsor’ Hanya Raih Rating 1%

Penuh Sengketa, Episod Awal ‘Sponsor’ Hanya Raih Rating 1%

Selepas terpalit beberapa kontroversi dan ditangguhkan beberapa bulan, akhirnya “Sponsor” menyapa penonton buat pertama kalinya kelmarin.

Sinopsis

“Sponsor” ialah drama romantik mengenai 4 individu yang mencari sponsor dengan cara tersendiri bagi memenuhi kemahuan yang diinginkan.

Semua punyai dilema

[Amaran SPOILER]

Han Chae-rin (Han Chae-young) yang kelihatan gah dan berani, dalam diam menyembunyikan kisah perit yang tidak diketahui semua. Ini dapat dilihat apabila rata-rata orang disekeliling sering memerhatikan gerak-gerinya selain wanita itu yang kerap mengalami mimpi ngeri. Lain pula dengan Hyun Seung-hoon (Koo Ja-sung) yang mencuba menjadi model meskipun sudah sedikit tua berbanding rakan seperjuangan yang lain. Walaupun memberikan pandangan yang pelik pada awalnya, sepertinya Han Chae-rin menyimpan satu niat yang kurang jelas pada lelaki itu.

ihq sponsor

Tidak mampu memberikan kesenangan buat isterinya iaitu Park Da-som (Ji Yi-soo), Hyun Seung-hoon akhirnya ditendang keluar daripada rumahnya sendiri. Lebih mengejutkan apabila Han Chae-rin hadir dan menawarkan tempat tinggal buatnya.

Rating rendah

Mungkin kerana terpalit beberapa cerita kurang baik pada awalnya, selain ditayangkan di dua saluran berbeza iaitu iHQ dan MBN, “Sponsor” bermula sopan dengan catatan sebanyak 1.4% sahaja untuk episod pertama.

Ada tak yang dah layan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...