Ikuti Kami:

Penuh Saspens Tapi Keserasian Dua Detektif Buat Penonton Terhibur, ‘The Good Detective’ Terus Catat Rating Baik

Penuh Saspens Tapi Keserasian Dua Detektif Buat Penonton Terhibur, ‘The Good Detective’ Terus Catat Rating Baik

Seperti biasa, Korea memang hebat dalam menghasilkan drama daripada genre jenayah dan juga penyiasatan. Plot saspens yang diketengahkan pada setiap episod ternyata berjaya membuatkan penonton tak lepas menonton setiap kali tayangan, sama seperti drama “The Good Detective”!

Sinopsis “The Good Detective”

Kang Do-chang (Son Hyun-joo) telah bekerja sebagai detektif selama 18 tahun. Lelaki ini melakukan siasatan menggunakan pengalamannya dan juga kenalan rapat tanpa menghiraukan teknik saintifik atau pun kuasa pertimbangan.

Oh Ji-hyeok (Jang Seung-jo) pula adalah seorang detektif elit dan mempunyai pengalaman selama 9 tahun. Tak seperti Do-chang, dia menyiasat menggunakan bukti selain memerhatikan emosi penjenayah. Disebabkan oleh trauma semasa kecil, dia langsung tidak berkongsi perasaannya. Lelaki ini juga adalah seorang yang sangat kaya kerana mendiang pak ciknya telah meninggalkan sejumlah harta pewarisan.

rating the good detective naik

Plot dan gandingan pelakon utama yang serasi

Sudah pun memasuki 8 episod, penonton meluahkan rasa seronok menonton drama penyiasatan jenayah ini. Nak tahu kenapa? Ia disebabkan oleh keserasian di antara dua detektif utama iaitu Kang Do-chang dan Oh Ji-hyeok. Walaupun terpaksa menyelesaikan kes yang berat namun pertelingkahan kecil di antara mereka mampu membuatkan penonton berasa terhibur.

Bahkan, kerana respons positif ini, rating yang diraih oleh naskhah ini juga kian meningkan pada saban episod. Sampaikan ia sudah memecah rekod peribadi untuk episod ke-8 baru-baru ini dengan catatan 5.148! Malah ini adalah kali pertama “The Good Detective” berjaya melepasi garisan 5%.

Bukan itu sahaja, penonton juga berbunga-bunga apabila menyaksikan hubungan rapat di antara Oh Ji-hyeok dan wartawan veteran Jin Seo-kyung (Lee Elijah). Walaupun sering bergaduh kecil dan lelaki itu yang sering mengusiknya, penonton dapat merasakan hubungan manis yang mula berputik di antara mereka.

rating the good detective naik

Sekiranya drama ini mampu mengekalkan momentum plot seperti ini sehingga ke episod akhirnya, nescaya ia mampu untuk meraih rating yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Kepada yang sukakan naskhah seperti ini, jangan lupa tonton “The Good Detective” pada setiap Isnin dan Selasa di saluran JTBC!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...